Rawatan Tumit Pecah, Merekah, Kaki Sakit, Berbau
Banyak berjalan dan berdiri lama serta kurang penjagaan yang betul membuatkan tumit kulit kering, merekah dan pecah serta kaki sakit yang sedikit sebanyak menjejaskan penampilan diri. Masalah ini dihadapi oleh kebanyakan orang tidak kira wanita mahupun lelaki dan peringkat umur.
Selalunya tumit pecah, merekah, ketuat yang bermasalah kerap berlaku pada:
✔Wanita lepas bersalin
✔Suka memakai tumit tinggi
✔Suka memakai boot
✔Terdedah dengan ‘air cond’
✔Kurang minum air
✔Kasut yang ketat
✔Memakai produk yang ada unsur clorox, bleach dan alkohol
✔Makan supplemen pemutihan yang berlebihan
✔Wanita mengandung
✔Berat badan berlebihan
Nak tahu sama ada tumit kaki anda kering?
Cuba pegang tumit kaki dengan tangan, cuba gesekan kaki di cadar katil. Jika rasa shrekkk shrekk dan kasar. Sah! Memang kering.
Tumit kaki pecah kering ditambah dengan cara membersihnya kurang tepat, mudah untuk merekah, pecah, kematu serta berbau. Jika diperingkat kritikal akan menyebabkan kaki mudah dijangkiti kuman, berdarah serta ketuat.
Cara yang betul merawat tumit pecah, merekah adalah mencucinya dengan air suam, kemudian keringkan dahulu sebelum letakkan skrub dan losyen.
Langkah ini selain dilakukan di spa boleh juga diamalkan sendiri di rumah.
Carilah skrub kaki yang mengandungi unsur alami seperti aloevera, bunga kenanga, AHA, BHA, dan ekstrak limau
Anda ada rakan rakan, saudara mara, keluarga, kakak adik yang:
Sibuk?
Tiada masa?
Bekerjaya?
Suka memakai tumit tinggi?
Suka bila orang belai & manjakan kaki kita? Curio Spa, menyediakan rawatan tumit pecah, merekah yang diyakini berkesan dalam jangka masa yang singkat. Untuk maklumat lanjut boleh klik sini curiospa
May I know the price for this tupe of txt?
Sorry miss, what do you mean by ‘tupe of text?