Macam mana nak pulihkan tumit kaki merekah, berkerak, kering dan kasar di rumah?
Tumit kaki merekah adalah masalah kaki yang begitu sinonim. Satu kajian mendapati 20% orang dewasa mengalami masalah tumit kaki merekah. Perkara ini boleh terjadi kepada kanak-kanak dan golongan dewasa; kaum wanita lebih cenderung untuk mendapat gejala ini berbanding kaum lelaki.
Bagi segelintir individu, masalah tumit kaki merekah bukanlah perkara serius. Ia hanya mendatangkan tidak selesa apabila berkaki ayam. Tapi, perkara ini boleh menjadi perhatian apabila rekahan tersebut menjadi lebih dalam dan sakit berdenyut sehingga membataskan pergerakan.
Sayangnya, situasi sekarang tidak membenarkan anda untuk ke Curio Spa untuk dapatkan rawatan. Jadi, jom ikuti langkah mudah merawat masalah tumit kaki merekah sendiri di rumah.
Rawatan tumit kaki merekah di rumah
- Pakai heel balm atau krim pelembap
Berikut adalah kandungan yang perlu ada dalam produk yang anda gunakan untuk melembap, melembut, dan merawat sel kulit.
-
- urea
- salicylic acid
- alpha-hydroxy acid
- saccharide isomerate
Tips :
-
Pemakaian heel balm atau krim pelembap setiap pagi boleh meningkatkan keanjalan kulit untuk memulakan hari anda
-
Lembapkan tumit anda 2-3 kali sehari
-
Pakai kasut yang menutup tumit
Sesetengah heel balm biasanya boleh mendatangkan kesan pedih atau kegatalan. Tapi, dapatkan konsultasi doktor jika kesan ini berterusan.
2. Rendam dan exfoliate kaki
Kulit di sekitar tumit kaki merekah biasanya lebih tebal dan kering berbanding kawasan kulit lain. Kulit ini cenderung untuk pecah-pecah apabila dikenakan tekanan seperti berdiri dan berjalan. Rendaman kaki mampu membantu memudahkan pergerakan anda. Berikut adalah tips yang sering beauty consultant kami syorkan:
* Untuk rendaman kaki
- Rendam kaki dalam air suam, bersama larutan garam dan sabun (jika perlu) selama 20 minit.
- Gunakan loofah, foot file atau pumice stone untuk menanggalkan kulit tebal dan keras.
- Bilas bersih kaki dan lap dengan tuala sehingga kering.
- Sapu heel balm atau krim pelembap.
- Pakai stokin kapas.
Elakkan menggosok kaki ketika kering. Hal ini boleh menambahkan lagi risiko masalah tumit kaki.
3. Liquid bandage
Anda jugak boleh menggunakan liquid bandage untuk menutup bahagian tumit yang merekah dan mengelakkan jangkitan atau rekahan lebih serius. Produk ini berbentuk semburan, anda bebas lakukan aktiviti harian tanpa perlu risau bandage tertanggal dan sebagainya. Liquid bandage sesuai untuk rekahan yang dalam dan berdarah.
Pastikan tumit kaki merekah berada dalam keadaan kering dan bersih sebelum menggunakan liquid bandage. Apabila rekahan mulai sembuh, salutan tersebut akan timbul pada permukaan kulit. Anda boleh dapatkan produk ini di farmasi tanpa perlu preskripsi.
4. Madu
Madu adalah bahan semula jadi yang boleh merawat tumit kaki merekah. Menurut satu kajian pada 2012, madu mengandungi anti-mikrobakteria dan anti-bakteria yang menunjukkan madu boleh merawat dan membersihkan luka, serta melembapkan kulit. Anda boleh jadikan madu sebagai skrub selepas rendaman, atau sebagai foot mask.
5. Minyak kelapa
Minyak kelapa sering menjadi rekomendasi untuk masalah kulit kering, ekzema, dan psoriasis. Ia membantu mengawal kelembapan kulit. Minyak kelapa selepas rendaman kaki juga pilihan yang tepat. Minyak kelapa mengandungi anti keradangan dan anti-mikrobakteria yang boleh merawat tumit kaki merekah sekiranya berlaku pendarahan atau jangkitan kuman.
6. Bahan semula jadi lain
- Minyak zaitun atau minyak sayuran, untuk melembap
- Shea butter, untuk melembap
- Campuran oatmeal dan minyak, untuk exfoliation
Caution!
Jangan rawat sendiri tumit kaki merekah sekiranya masalah ini berpunca dari masalah perubatan. Rawatan khas dari podiatrist adalah diperlukan. Kondisi tumit kaki merekah yang serius mestilah diperiksa oleh podiatrist, bergantung kepada rekod perubatan. Kemudian langkah rawatan terbaik akan diberikan mengikut kondisi tumit tersebut.
Set Penjagaan Kaki Curio
Dapatkan Curio Anti Callus Set yang mengandungi 2 produk dalam satu box; Aloe Citrus Foot Exfoliator & Ylang Foot Hydrator. Sangat sesuai untuk penjagaan sendiri di rumah. Penggunaan yang ringkas dan berkesan, dan paling penting, set ini sama seperti yang digunakan di spa. Keberkesanan kedua-dua produk ini dapat merawat ribuan pelanggan Curio yang mengalami masalah tapak kaki.
Berita baik! Promosi combo berbaloi, Anti Callus Set + Dual Sided Foot File sekarang hanyalah RM112. Diskaun 30% + Free Delivery + Free 50ml Hand Sanitizer. Pilihan berbaloi dan lengkap untuk penjagaan kaki anda seperti yang direkomendasi.
Kenali simptom tumit kaki merekah:
- kulit menggelupas
- gatal-gatal
- sakit bila pijak
- berdarah
- merah, tanda keradangan
- ulserasi
Dalam kes yang lebih serius, beberapa komplikasi berserta tumit kaki merekah, terutama jika berkait dengan kondisi perubatan. Komplikasi tersebut termasuk:
- rasa kebas pada kaki
- jangkitan selulitis
- ulser kaki diabetes
Simptom jangkitan termasuklah sakit, rasa hangat, kemerahan, dan bengkak. Hubungi doktor segera sekiranya anda mempunyai simptom berikut.
Teruskan usaha, kembalikan kaki lembut dan licin tanpa tersekat-sekat lagi…
Walaupun kulit anda sudahpun menunjukkan tanda-tanda semakin pulih, ia akan mengambil masa beberapa hari atau minggu untuk rekahan tersebut pulih sepenuhnya. Oleh itu, pakai kasut yang sesuai dan amalkan penjagaan kaki secara rutin bagi mengurangkan risiko rekahan baru sepanjang dan selepas tempoh rawatan.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Nini, 012-5146500
Check out promosi menarik lain di Curio Spa