Banyak berjalan dan kurang penjagaan yang betul membuatkan tapak kaki merekah, kering dan pecah serta kematu yang sedikit sebanyak menjejaskan penampilan diri.
Masalah ini dihadapi oleh kebanyakan orang tidak kira wanita mahupun lelaki.
Bagi membantu memulihkan kembali tapak kaki yang bermasalah seperti di atas, Curio Spa, menyediakan rawatan tumit pecah, merekah yang diyakini berkesan dalam jangka masa yang singkat.
Selain menyediakan rawatan untuk kuku tangan (manicure), Curio spa yang sudah beroperasi selama 13 tahun juga menawarkan rawatan untuk kuku kaki (pedicure) bermasalah supaya kembali sihat dan cantik seperti keadaan asal.
“Selalunya tapak kaki yang bermasalah disebabkan kurang penjagaan dan perhatian rapi selain permukaan tapak kaki yang kering.
Tumit kaki yang kering ditambah dengan cara membersihnya kurang tepat mudah bermasalah seperti merekah, kematu serta berbau. Jika diperingkat teruk akan menyebabkan kaki dijangkiti kuman dan berdarah.
Cara yang betul merawat tumit pecah yang kering adalah mencucinya dengan air suam, kemudian keringkan dahulu sebelum letakkan skrub dan losyen. Langkah ini selain dilakukan di spa boleh juga diamalkan sendiri di rumah.
Rawatan tumit pecah yang dilakukan oleh terapi mahir mengambil masa selama 45 minit bergantung kepada tahap kerosakan kaki yang dialami.
“Pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan akan diperiksa dahulu tahap kerosakan kakinya sebelum menjalani rawatan pemulihan kaki di sini.
“Selepas kaki direndam dalam air suam selama beberapa minit bagi melembutkan permukaannya, kaki akan disapu dengan Callus Polisher iaitu bagi memudahkan kaki dirawat dan dicuci.
“Seterusnya, tapak kaki akan dibalut selama lima hingga tujuh minit bergantung kepada tahap kerosakan kaki. Tujuan kaki dibalut untuk melembutkan sel-sel mati yang melekat pada bahagian kulit.
“Langkah seterusnya adalah tapak kaki akan disapu kembali dengan skrub Curio Aloe Citrus yang dihasilkan daripada bahan alami seperti alovera bertujuan menanggalkan sel-sel kulit mati. Kemudian tapak kaki akan dibersihkan dan disapu dengan losyen Curio Ylang Foot Hydrator,” katanya.
Di Curio Spa, langkah terakhir untuk rawatan tumit pecah merekah adalah kaki akan disapu dengan pupur (masker) timun dan didedahkan pada wap panas (stim) dalam beberapa minit bertujuan mendapatkan permukaan kaki yang lembut dan licin.
Rawatan tumit pecah yang dilakukan di Curio Spa, semua produk yang digunakan adalah hasil buatannya sendiri yang menggunakan ramuan daripada bahan semulajadi dan alami serta diimport dari Himalaya.
“Untuk rawatan tumit pecah ini rangkaian produk Curio, iaitu Callus Polisher, Scrub Curio Aloe Citrus dan losyen Curio Ylang Foot Lotion sangat digemari oleh pelanggan yang berkunjung ke sini.
Oleh kerana permintaan yang tinggi pelanggan terhadap skrub dan losyen daripada Curio kami telah membuat pembaharuan dari segi pembungkusan yang lebih efektif dan mudah untuk digunakan oleh pelanggan.
Bagi Callu Polisher kami hanya menggunakannya sebagai bahan rawatan di spa dan tidak dijual kepada pelanggan.
Bagi saya rawatan tumit pecah bukan sahaja dilakukan di spa dan pusat rawatan, malah di rumah juga boleh dilakukan secara sendiri. Kami selalu menasihati pelanggan supaya terus menjaga kaki mereka selepas mendapatkan rawatan di sini agar kaki sentiasa bersih dan sihat,” katanya.
Harga untuk rawatan tumit pecah biasa adalah RM50 dan untuk premier serendah RM80.
Pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan tumit pecah dari terapi berpengalaman boleh berkunjung ke di Curio Bangi, Ampang Point, Ampang dan Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Sebarang maklumat lanjut boleh layari https://www.curiospa.com/contact-curio/