CARA MERAWAT KAKI ANDA KERING DAN KUSAM?
Kulit kering dan bersisik sering berlaku di bahagian kaki. Antara simptom-simptom berlakunya kaki kering dan kusam ialah:
- Kaki berasa kasar
- Retak-retak putih terbentuk seakan-akan sisik ikan pada kulit
Oleh hal yang demikian, pilihan untuk seseorang individu mengenakan kasut adalah terhad meskipun memiliki sepasang kaki yang panjang dan cantik.
Antara faktor kaki kering dan kusam adalah:
- Obesiti
- Pemilihan kasut yang tidak sesuai
- Kurang air dan zat dalam badan
Untuk pengetahuan semua, sering mandi atau berendam dengan menggunakan air yang dipanaskan juga dapat menyumbang kepada faktor kaki kering dan kusam. Hal ini kerana, sel kulit akan menjadi kering.
Tips merawat kaki kering dan kusam
- Penggunaan sabun
Sabun berfungsi membersihkan kulit dari kotoran. Tetapi, sabun juga mempengaruhi kelembapan kulit. Sabun buku cenderung membuatkan kulit menjadi semakin kering dan bersisik terutama pada kaki. Anda disarankan untuk menggunakan sabun berbentuk gel atau cecair. - Anda juga disarankan untuk keringkan kaki menggunakan tuala terlebih dahulu setelah mencucinya. Dari segi pemilihan jenis tuala, adalah digalakkan menggunakan tuala daripada kapas.
- Anda dinasihatkan menggunakan produk penjagaan kaki yang mengandungi bahan seperti aloevera, ekstrak Ylang Ylang ( bunga kenanga), AHA & BHA untuk merawat kaki kering dan kusam. Kebanyakan orang memakai Losyen “baby” untuk merawat kaki kering. Tapi tahukah anda bahawa ia tidak memberi impak atau kesan kepada kaki anda.
- Minum air masak atau air mineral yang cukup. Hal ini kerana, air mampu mengekalkan kelembapan kulit dari dalam. Kuantiti air yang digalakkan ialah minimum 8 gelas sehari. (1 liter air =25kg)
- Penggunaan kasut juga amat dititikberatkan. Pemilihan kasut yang sesuai membantu untuk menjaga kesihatan kaki. Elakkan memakai kasut yang berbentuk tirus di hadapan supaya kaki tidak menjadi terlalu sempit dan sukar untuk bernafas.
Selain itu, terdapat juga cara merawat kaki kering dan kusam secara semulajadi sekiranya berlaku gejala tersebut. Antaranya ialah:
- Mentimun
Fungsi mentimun mampu menghaluskan kulit. Sama seperti penggunaan pada muka, mentimun ini dihiris nipis lalu diletakkan di kaki selama beberapa minit. Kemudian kaki akan dibilas menggunakan air bersih - Limau nipis
Limau nipis dapat menghilangkan kesan hitam pada kaki. Caranya dengan merendam kaki di dalam air yang bercampur dengan limau nipis yang dihiris. - Pisang
Dengan menggunakan apa sahaja jenis pisang, ianya dihancurkan sehingga lumat. Kemudian disapukan pada bahagian kaki yang kering, dibiarkan selama beberapa minit dan bilas sehingga bersih. - Avocado
avocado mampu memberi kelembapan terhadap kulit kering termasuk kulit kaki. Sama saperti pisang, isi buah avocado ini dihancurkan sehingga lumat dan disapu ke bahagian kaki yang bermasalah. Setelah beberapa minit, kaki dibilas menggunakan air bersih. - Susu
Kelebihan susu ialah mampu menghilangkan rasa gatal akibat kulit kering kerana mengandungi agen anti inflamasi. Caranya dengan menggunakan susu yang disejukkan, lau digosokkan pada kaki dengan menggunakan tuala yang lembut selama lima minit
Justeru, penjagaan kaki amatlah penting sepertimana penjagaan pada anggota badan yang lain. Kaki yang sihat, bersih dan cantik mampu menaikkan lagi daya keyakinan diri dalam berfesyen dan juga personaliti seseorang individu. Di samping itu, dengan mengamalkan tips cara merawat kaki kering & kusam yang betul mampu memberi kesan yang terbaik untuk mengelakkan terjadinya simptom-simptom tersebut.
Dengan era zaman yang sibuk, tiada masa, terlalu banyak kerja. Curio Spa membantu dengan menawarkan servis rawatan tapak kaki beserta produk penjagaan kaki dirumah. Juga, promosi terbaru kami Heavenly Pampering #curiobestseller pasti akan merawat kaki kering & kusam dengan berkesan.