Skip to main content
search
0

Punca- Punca Sakit Kepala

Sepanjang tahun uolls mesti memikirkan banyak benda sehingga sakit kepala kan? Haaaaa jom hari ni Nini rasa kongsikan sedikit info tentang punca-punca sakit kepala yang sentiasa ada masalah ini.

#1 Lapar

Lewat makan, tidak sempat atau lupa untuk ambil sarapan pagi boleh menyebabkan anda terseksa disebabkan oleh masalah kelaparan. Perut kosong diwaktu pagi yang lambat diisi boleh mengganggu aktviti atau pekerjaan kita. Ini berikutan berlakunya penurunan paras glukosa (gula) dalam darah yang akan menyebabkan rasa letih, sakit kepala, menggigil dan hilang mood.

Serotonin dan dopamine; atau juga dikenali sebagai neurotransmitter, iaitu sejenis bahan kimia (hormon) di dalam otak yang dihasilkan di dalam otak untuk mengawal perasaan dan emosi. Di sana terdapat hubungan antara masa yang betul untuk pengambilan makanan dengan keseimbangan neurotransmitter yang dikeluarkan oleh otak. Antara kesannya akan menyebabkan rasa pening. Kesimpulannya, makan dengan betul akan menyebabkan kita lebih rasa tenang dan ceria.

#2 Tekanan atau Stress

PuncapuncasakitkepalaTekanan atau stress antara punca utama mengapa wanita lebih mudah diserang sakit kepala.Apabila kita mula stress, banyak hormon akan dikeluarkan sebagai proses tindakbalas tubuh. Kesannya otot akan menjadi tegang dan mencetuskan punca-punca sakit kepala.Adakah menghadapi stress itu normal? Ya, hidup semua orang sentiasa berdepan dengan ujian, cabaran dan tekanan setiap hari.

Namun apa yang penting, kita perlu bijak dan mahir menangani stress serta sentiasa bersedia atau tahu apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan situasi yang tegang atau panik.Tenang menangani masalah adalah kunci kita untuk mengawal stress.Jika tidak, kesannya akan menjadi lebih buruk. Bukan sahaja sakit kepala yang sentiasa datang, malahan yang lebih serius turut menjadi risiko seperti migrain, sakit badan, pengsan, darah tinggi dan sebagainya.

#3 Tidak Cukup Tidur

puncapuncasakitkepala2Secara alami, tidak cukup tidur akan buat segala perkara menjadi serba tidak kena. Disaat otak anda perlukan justifikasi untuk berehat, anda paksanya untuk bekerja dan ini salah satu punca-punca sakit kepala.

Akibatnya, anda menjadi mudah marah, letih, stress, mengalami “food cravings” dan akan merosakkan memori. Mamai dan sakit kepala mudah menyerang ketika ini.

Masalah besar lagi jika anda mengalami insomnia atau masalah tidur malam yang akan menyebabkan masalah sakit kepala yang serius.

Insomnia akan menyebabkan otak dan otot tidak dapat rehat yang secukupnya. Ia akan menyebabkan ketegangan dan memaksa pengeluaran hormon stress; dimana kedua-duanya akan mencetuskan punca sakit kepala ringan atau berat.

#4 Alergi

puncapuncasakitkepala3Sesetengah orang memang mudah mendapat alahan sama ada daripada makanan atau persekitaran. Sensitif terhadap bau tertentu, cahaya, suhu, rasa atau bendasing dalam udara akan terus mencetuskan punca-punca sakit kepala sejurus sebelum komplikasi yang lainnya mula datang.Ia bergantung kepada individu dan setiap orang mungkin tidak sama perincian pencetus alahannya.

#5 Hormon Tidak Stabil

Mengalami kitaran haid yang tidak menentu atau masalah senggugut, ia mungkin petanda hormon anda mengalami masalah. Dan biasanya juga akan membawa komplikasi yang lebih besar.

Fasa sakit kepala menjadi lebih lama dan berlanjutan lebih daripada hari normal. ia menunjukkan hormon anda benar-benar dalam keadaan celaru atau tidak seimbang. Ia juga mampu menjadi punca-punca sakit kepala.

Tips Curio Untuk Hilangkan Sakit Kepala

#1 Makan makanan yang Seimbangpuncapuncasakitkepala4

Pastikan zat-zat besi dan nutrient dalam makanan uolls semua cukup bagi membantu mendapatkan keseimbangan khasiat dalam makanan sekali gus uolls akan sentiasa bertenaga dan kekal aktif sepanjang hari.

#2 Minum air 3L sehari

Banyakkan minum air kerana air dapat memberikan badan kita nutrisi yang cukup. Maklumlah cuaca di Malaysia tak macam cuaca negara-negara 4 musim. Panas yang melampau boleh membuatkan kita dinyah-hidrat sekaligus mengurangkan kandungan air dalam badan.

#3 Dapatkan urutan sakit kepala puncapuncasakitkepala

Urutan sakit kepala semestinya menjadi salah satu penyelesaian utama buat semua penghidapnya. Jom Nini share satu tempat yang boleh bantu uolls selesaikan masalah ini. Jawapannya, di Curio Spa lah! Curio Spa menggunakan Teknik signature yang dapat melegakan sakit kepala uolls. Urutan ini bukan sahaja focus pada sakit kepala mala ia membantu dalam melegakan sakit urat, otot.

Follow kami untuk promosi terkini:

Instagram

Facebook

 

 

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.