Kuku Cengkam Sering berlaku
Kuku cengkam sering berlaku walaupun sudah ikhtiar pelbagai cara? Nini tau uolls tak pernah alami masalah terperangkap dalam ‘time loop’ iaitu perlu mengulangi hari yang sama selama bertahun-tahun….TAPI, bila masalah kuku cengkam terjadi, ia seakan-akan membuatkan uolls berada dalam situasi tersebut! OH NO! Mengapa kuku cengkam sering berlaku? Bagaimana nak break the cycle? Jangan risau…ada jalan keluar dan Nini akan share beberapa kemungkinan yang menyebabkan kuku cengkam sering berlaku pada uolls.
Punca-punca Kuku Cengkam
- 1. Pemakaian saiz kasut yang salah.
Kebanyakan orang atau separuh daripada kita pasti ada yang memakai kasut yang tidak sesuai dengan saiz kaki mereka dan ini membantu kepada pertumbuhan fungal sekaligus jawapan kepada kuku cengkam sering berlaku.
Kasut yang terlalu ketat lebih cenderung untuk mencubit dan mencerut jari kaki dan boleh menghalang pertumbuhan hadapan kuku, dan menyebabkan kuku boleh tumbuh ke dalam kulit di sekeliling. Kasut yang terlalu besar juga bukanlah sesuatu yang baik kerana ia juga menyebabkan kaki uolls menggelongsor ke hadapan kasut dan akan menghentak kuku kaki berulang-ulang kali. Hentakan jari kaki itu juga dapat mnjadikan kuku uolls lebih rosak.
- Salah potong kuku kaki
Cara pemotongan kuku yang salah dapat mengalakkan terjadinya kepada kuku cengkam. Mesti uolls pelik kan? Susah sangat ke nak potong kuku kaki dengan cara yang betul? Bukan ke kalau kuku pendek itu bersih dan tiada lagi masalah kuku cengkam, fungal dan sebagainya? Nanti dulu, jangan banyak soal. Jom Nini share kesalahan potong kuku yang sering dilakukan.
- Membiarkan kuku kaki terlalu panjang
- Potong terlalu pendek
- Potong terlalu bengkok (potongan curve)
Pemotongan yang betul ialah uolls perlu potong kuku kaki dengan cara lurus dari corner ke corner hanya straight cut sahaja.
Pakailah pemotong kuku yang lebih besar dan lebar saiznya supaya pemotongan kuku lebih lancar. Diingatkan juga pada uolls untuk memotong kuku ketika kuku kering yer.
- Bentuk kuku yang sememangnya bengkok sejak azali
Mungkin tak ramai yang mengalami masalah sebegini tetapi, ada segelintir yang tidak tahu bahawa bentuk kuku yang memang natural bengkok lebih cenderung untuk menghadapi masalah kuku cengkam.
Bagaimana untuk selesaikan masalah ini ?
Jika kuku cengkam datang lagi, jangan bimbang hubungi kami dan klik di sini untuk rawatan. Curio Spa mempunyai pengalaman selama 16 tahun dalam menyediakan servis untuk menyelsaikan masalah kuku cengkam uolls tu. Biar pakar sahaja yang bantu okay! Cepat, Book slot uolls sekarang!
Untuk ketahui promosi terkini jangan lupa follow kami di media sosial :
Instagram @curiospa