Rawatan Ketuat di Tumit Kaki
Mesti rasa rimas, runsing, tak selesa, malu pun ada kan? Jangan risau. Anda tak keseorangan.
Sebelum itu, Nini nak kongsi ciri ciri ketuat. Boleh? Sambil sambil tu boleh tengok dekat tumit
- Ketuat suka hidup di salur darah
- Ketuat ada ‘akar’ jika dibiarkan akarnya makin besar
- Ketuat pelbagai jenis ( ada yang halus, plantar, kecil, besar)
- Ketuat suka beranak pinak selagi ada tempat
- Ketuat boleh merebak ke anggota badan pesakit
Pantang larang Ketuat:
- Jangan di ketip ketip, lagi merebak! Terutama yang gatal tangan ketip pakai ketip kuku
- Jangan di korek korek, luka lagi dalam
- Ketuat jangan diletak krim yang mengandungi clorox/ bleach/
Ramai yang bertanya Nini. Stress la akak, mana datang ya ketuat di tumit kaki ni? Nak kata akak pengotor, akak cuci kaki hari hari.
Bagaimana proses ketuat terbentuk?
Terjadinya ketuat ambil masa yang lama. Ia bermula dengan sikap malas nak ambil kisah tentang kaki. ‘Alaa kaki je pun, bukan orang nampak. Lain la muka’
Apabila tekanan dan geseran berlaku akan membentuk callus (keras yang menebal). Jika dibirkan, lama kelamaan rekahan akan lebih dalam.
Apabila rekahan lebih dalam, segala kotoran habuk dan bakteria masuk mendap ke dalam kulit.
Kaki memang tidak akan selesa dan sakit berdenyut. Bila tidak dijaga dan dibiarkan akan terhasil corn dan lahirlah ketuat di tumit kaki.
‘oh, baru akak tahu.. macam mana akak nak buang ya? Akak banyak kali ketip, ingatkan lepas keluar darah ingatkan dah tak ada, tapi tetap ada’
Nini share testimoni pelanggan selepas 1st treatment, boleh?
Suka bila orang belai & manjakan kaki kita? Curio Spa, menyediakan rawatan ketuat yang lebih dikenali Foot Treatment or Anti Callus Treatment berkesan dan akan nampak perubahan selepas sesi yang pertama. Untuk maklumat lanjut boleh klik sini curiospa