Cara elak kaki melecet
Lecur, lepuh atau gelembung adalah satu poket cecair kecil yang terbentuk pada anggota badan. Cecair ini berbeza dari segi saiz dan disebabkan oleh pelbagai faktor. Kaki anda akan melecet disebabkan oleh kulit terbakar kesan terdedah kepada matahari dalam tempoh yang lama, jangkitan kuman atau bakteria, gigitan serangga atau trauma. Kesan melecet ini akan menganggu aktiviti seharian terutama pada kaki seperti sukar untuk berjalan, bersenam atau berdiri lama. Namun, terdapat beberapa cara elak kaki melecet daripada terus berlaku.
Punca kaki melecet pada kaki
Jika kaki anda melecet, ia sering berpunca daripada geseran. Berjalan atau berdiri dalam tempoh beberapa jam dapat memberi tekanan kepada tumit, tapak kaki dan juga jari kaki. Kasut yang terlalu ketat atau longgar boleh menghasilkan geseran pada kulit dan terbentuknya cecair pada kawasan tersebut.
Kulit yang terlampau lembap atau perspirasi juga penyebab kepada kaki melecet. Senario ini sering berlaku dalam kalangan atlet ketika musim panas, terutama sekali atlet olahraga. Kaki yang melecet ini mula terbentuk apabila atlet tersebut berpeluh, dan peluh tersebut menyekat liang pori pada kaki.
Antara punca kaki melecet adalah:
- Alahan
- Kesan kimia daripada kosmetik
- Jangkitan kuman dan bakteria
- Cacar air
- Ekzema / eczema
- Pemakaian kasut yang ketat / kasar
- Penggunaan produk pemutihan yang berlebihan
Cara elak kaki melecet ini dengan merujuk kepada punca permasalahan tersebut. Jika ia berpunca daripada geseran, pemakaian kasut yang sesuai adalah perkara utama. Jika kaki digosok pada bahagian kasut yang tertentu, pelapik kasut dapat mengurangkan geseran tersebut.
Jika anda seorang yang aktif, pastikan kaki anda sentiasa kering. Gunakan bedak talkum untuk mengurangkan peluh, atau memakai stoking jenis 100 % cotton yang direka khas untuk individu yang aktif seperti para atlet dan sebagainya. Stoking ini kering dengan lebih cepat dan kurang lembap. Ini merupakan salah satu cara elak kaki melecet.
Jika produk kosmetik seperti bedak, losyen, sabun atau perkara-perkara yang boleh menyebabkan alahan pada kaki, ianya patut dielakkan untuk mengurangkan potensi kaki melecet. Untuk kaki melecet akibat dari perubatan, rundingan daripada doktor adalah diperlukan bagi rawatan selanjutnya. Akhir kata, jika anda peka terhadap cara elak kaki melecet ini, anda mampu mengurangkan risiko mendapat permasalahan tersebut.
Anda ada masalah tumit kaki melecet, kaki melecet meninggalkan parut hitam?
Jika anda memerlukan khidmat konsultasi secara percuma, boleh hubungi
Hotline
Curio HQ : 03-89229988 (Miss Nini)
Good job