Skip to main content
search
0

Idea-idea sambutan Bridal Shower yang unik

Kini, sudah menjadi trend untuk meraikan bakal-bakal pengantin dengan mengadakan majlis yang dipanggil bridal shower. Kebiasaannya, bridal shower dilakukan hanya dengan mengadakan makan malam di restoran-restoran “hipster” atau “high-end” bergantung pada bajet rakan-rakan bakal pengantin. Idea makan malam di restoran agak membosankan dan berikut merupakan idea-idea fresh yang dapat menjadikan majlis Bridal Shower anda lebih menarik!

5 idea menarik untuk majlis Bridal Shower:

#1 Glamping

idea-bridal-shower-curiospa

Glamping kini menjadi satu trend untuk mereka yang menginginkan sesuatu yang adventure dalam masa yang sama ada sentuhan glamour dan mewah. Ia adalah satu idea yang menarik dan memberikan nafas baru terhadap majlis bridal shower anda. Inilah masanya untuk anda mengimpikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seperti membuat aktiviti luar bersama rakan-rakan sebelum orang yang diraikan bergelar isteri. Idea Bridal Shower ini pasti seronok jika bakal pengantin seorang pencinta aktiviti luar dan alam semulajadi.

#2 Pyjamas Party

idea-bridal-shower-curiospa-1Luangkan masa anda satu malam bersama rakan-rakan dan bakal pengantin dengan mengadakan pyjamas party. Idea ini sememangnya memberi keseronokan kepada anda dan rakan-rakan kerana ia tidak memerlukan bajet yang besar mengikut kemampuan masing-masing. Pemilihan tempat juga bergantung kepada kesesuaian dan bajet. Mungkin dengan hanya membeli snack dan crash ke rumah bakal pengantin lebih menyeronokkan? Siapa tahu pengalaman ini mungkin boleh menjadi satu pengalaman terindah buat anda dan rakan-rakan. Selamat mencuba !

#3 Hari Sukan

idea-bridal-shower-curiospa-2Idea ini adalah satu idea yang mungkin jarang dilakukan dalam bridal shower. Siapa tahu bakal pengantin yang diraikan bukanlah seorang yang menggemari aktiviti ‘girls talk’ atau santai. Mungkin beliau seorang yang lasak dan menggemari aktiviti sukan. Inilah jawapan yang tepat! Anjurkan hari sukan buat bakal pengantin yang diraikan pastinya boleh membuatkan bakal pengantin akan gembira dan tidak akan melupakan penamat hari bujangnya bersama rakan-rakan yang menganjurkan Hari Sukan yang bertetapan dengan cita rasanya.

#4  Pool Lounging

idea-bridal-shower-curiospa-3Kepada mereka yang sukakan aktiviti air sambil berada di bawah cahaya matahari, pool lounging ialah jawapannya. Terdapat banyak tempat menarik di KL yang mempunyai kemudahan pool membolehkan anda memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam meraikan bridal shower buat bakal-bakal pengantin. Lebih menarik jika anda dapat merancang staycation di hotel atau kediaman persendirian yang mempunyai fasiliti pool supaya lebih masa dapat diluangkan bersama rakan-rakan. Pastinya idea Bridal Shower anda merupakan idea Bridal Shower yang paling ‘havoc’!

#5 Manicure & pedicure atau urutan di spa

idea-bridal-shower-curiospa-4Satu lagi idea menarik yang dapat memberikan kepuasan bukan sahaja bakal pengantin tetapi rakan-rakan bakal pengantin iaitu melakukan rawatan kuku atau kunjungan ke spa untuk dapatkan urutan. Anda boleh mencantikkan di samping merehatkan diri bersama rakan-rakan kerana tiada yang lagi bermakna jika kecantikan itu dapat dikongsi bersama khusunya bersama rakan-rakan dan bakal pengantin.

idea-bridal-shower-curiospa-5

Servis manicure atau rawatan kecantikan kuku merupakan antara salah satu rawatan yang paling digemari pelanggan di Curio Spa. Kami juga menggunakan produk-produk yang berkualiti dan di formulasikan secara khas untuk rawatan kuku cantik. Kutika serum kuku merupakan produk yang mendapat sambutan di Spa kami kerana keunikannya dalam merawat pelbagai masalah kuku, sesuai dengan tagline : Nail Fungal Specialist

Kami di Curio Spa ada menawarkan pakej Bride-to-be khusus untuk bakal-bakal pengantin yang ingin tampil cantik luar dan dalaman. Pakej ini amat bersesuaian jika menginginkan Bridal Shower yang unik !

Untuk tempahan slot sila ke website www.curiospa.com dan nikmati pakej Bride-To-Be. Untuk pembelian produk Kutika serum kuku secara online boleh juga klik di sini. Cepat! Sementara stok masih ada.

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.