Skip to main content
search
0

MAGIK! Kuku Kilat Cantik Tanpa Menggunakan Nail Polish

Kuku yang kilat cantik  merupakan idaman bagi semua wanita terutama sekali wanita bekerjaya. Kini, masalah yang mungkin kerap terjadi kepada wanita ialah megalami kuku yang kusam, cuticle kering, kuku kekuningan. Kebiasaannya,  masalah ini terjadi oleh golongan wanita yang sudah berumah tangga atau wanita bekerjaya yang tiada masa untuk menjaga kecantikan kuku kerana beranggapan ia bukanlah satu perkara yang penting.

1. Rendam kuku dalam air suam

Kuku kilat dan cantikUntuk mendapatkan kuku yang kilat cantik, anda perlu merendamkan kuku dalam air suam. Kuku yang kering bepunca daripada kuku yang kurang khasiat kelembapan. Air suam mampu menyuburkan kuku dan dapat menghilangkan kotoran cat kuku yang dapat mengeringkan  permukaan kuku anda. Untuk kesan maksimum, gunakan sabun organik dan gosokkan kuku anda menggunakan pemberus kuku. Sememangnya, kuku anda menjadi kilat, cantik dan bersih tanpa menggunakan nail polish!

2. Gosok kuku dengan hirisan buah lemon

kuku kilat dan cantik 2Jika anda sentiasa menggunakan nail polish, kuku anda lebih berpotensi untuk menjadi kekuningan. Jika anda mengalami masalah kuku kekuningan apa kata anda cuba hirisan lemon dan kemudian gosokkan di setiap jari anda. Khasiat yang ada pada jus buah lemon boleh menjadikan kuku anda bersih, tidak kusam dan menjadi kuat. Selamat mencuba ! Pastinya kuku yang kilat cantik tanpa nail polish menjadi kenyataan.

 

3.Gunakan Kutika Serum Kuku untuk kuku sihat

Kuku kilat dan cantik 3Kebanyakan wanita telah melangkaui step menggunakan serum kuku ini. Langkah ini sangat penting kerana ia mampu memberikan khasiat yang lebih untuk kuku kilat cantik tanpa nail polish. Bagaimana ia membantu kuku anda? Minyak kutika menghalang kuku anda daripada menjadi rapuh dan kering, dan ya, ia juga membantu menjadikan kuku anda tampak lebih berkilat secara semulajadi. Menarik bukan?

Kutika serum kuku juga mempunyai bahan yang di import khas dari Perancis yang dipanggil Neonyca. Neonyca mampu memberikan kelembapan yang menyerap terus ke kuku anda. Ia bahan yang larut dalam minyak dan di ekstrak dalam biji celery dan memberikan banyak faedah untuk kuku kilat, cantik dan sihat. Neonyca telah terbukti secara saintifik telah menyembuhkan dan menggalakkan pertumbuhan ceramide dan keratin untuk mempertingkatkan dan memulihkan ketebalan permukaaan kuku, melembutkan serta memberikan kelembapan secara semulajadi tanpa ada kesan sampaingan. Selain itu, ia juga diperkaya dengan minyak Habbatus Sauda dan Vitamin E untuk memberikan kesan yang cepat seawal 7 hari bergantung kepada kekerapan penggunaan harian anda.

4.Gunakan nail buffer

Kuku kilat dan cantik 4Setiap wanita perlu ada kit kuku dalam penjagaan harian kuku. Nail buffer merupakan tool asas untuk mendapatkan kuku yang berkilat dan cantik. Kuku yang berkilat dan bersih bakal menjadi ‘hobi’ baru setiap wanita yang mengamalkannya.

 

 

5.Gunakan sarung tangan

Kuku kilat dan cantik5Kuku yang kusam juga sering terdedah dengan bahan-bahan basuhan seperti bahan dalam pencuci pinggan, atau pencuhci lantai mahupun bilik air.Bahan-bahan yang terkandung ini mampu memberi kesan terhadap kuku tangan sehingga menjadikan ia kering dan ada kalanya lapisan ceramide bole menjadi nipis. Kuku kilat cantik akan menjadi satu hobi baru anda selepas mengamalkannya. Good  Luck !

6.Buat rawatan spa kuku

kuku kilat dan cantik 5Rawatan spa kuku sememangnya alternatif utama untuk kuku kilat cantik tanpa guna nail polish sekaligus dapat menghilangkan stress apabila anda berpeluang untuk manjakan diri di spa. Selain itu, Curio Spa juga menawarkan servis Manicure khusus untuk merawat dan mencantikkan kuku tanpa menggunakan coating yang menghalang daripada sahnya mengambil wudhuk. Servis manicure di Curio Spa sememangnya wudhuk friendly. Di Curio Spa anda boleh memilih pelbagai jenis pakej manicure serendah harga RM 23.00 sahaja. Untuk tempahan slot dan lihat pakej lain yang kami tawarkan sila klik sini.

 

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.