Kaki Gatal Ketika Tidur
Masalah kaki gatal ketika tidur begitu sinonim dalam kalangan kita semua. Antara punca permasalahan ini adalah daripada kurap pada kaki; ia merupakan jangkitan kulat (fungal), juga dipanggil sebagai tinea pedis terhasil daripada rekahan kaki antara jari kaki hingga ke seluruh bahagian kaki. Menurut Persatuan Dermatologi New Zealand, kulit kering, psoriasis, dermatitis, diabetes dan obesiti mampu meningkatkan risiko kaki merekah dan mengakibatkan berlakunya kaki gatal.
Gatalnya kaki ni…
“ Saya mengalami kaki gatal sejak 4-5 bulan yang lalu. Sekarang, ia menganggu tidur saya. Kegatalan yang dialami semakin teruk sehingga saya menggarunya dengan menggunakan sikat ke seluruh bahagian kaki saya. Saya juga terpaksa mengambil ubat tahan sakit untuk membantu saya tidur dan mengurangkan kaki gatal dan pedih.”- Betty.
Melalui permasalahan tersebut, antara simptom berlakunya kaki gatal adalah disebabkan berdiri dalam tempoh masa yang lama terutama sekali di atas permukaan yang kasar dan tidak rata. Pemilihan kasut yang tidak sesuai juga boleh menimbulkan ketidakselesaan pada kaki dan seterusnya membuatkan kaki gatal.
Apa perlu anda lakukan? 
Ternyata masalah kaki gatal ini dapat dirawat. Terdapat beberapa rawatan yang disarankan oleh pakar dermatologi bagi masalah kaki gatal ini. Untuk merawat kaki gatal kesan daripada kaki kering, penggunaan krim pelembap juga membantu dengan kadar 2-3 kali sehari. Bagi masalah yang lebih serius, penggunaan losyen yang mengandungi salicylic acid atau alpha-hydroxy acid (AHA) adalah yang terbaik.
Di samping pemilihan stoking yang betul (100% kapas), anda dinasihatkan untuk merendam kaki ke dalam larutan garam. Caranya ialah, masukkan dua sudu teh garam ke dalam air suam selama 10 minit. Ulangi langkah ini jika kaki anda masih gatal. Namun, kaedah ini tidak berkesan untuk merawat fungus.
Kaki gatal mampu dicegah?
Mencegah lebih baik daripada merawat. justeru, langkah pencegahan haruslah segera diambil demi kaki yang lebih sihat dan bebas kulat. Anda dinasihatkan mengeringkan kaki terlebih dahulu selepas mandi ataupun berenang. Anda juga digalakkan untuk kerap menukar stokin, terutama sekali jika anda berpeluh, dan kasut yang mempunyai ruang udara adalah baik untuk mencegah kaki gatal – Medline Plus.
Inginkan produk yang efektif dan mengandungi AHA dan salicylic acid?
Curio Foot Products mengandungi segala kebaikan yang diperlukan bagi merawat masalah kaki gatal ketika tidur. curiospa
Anda ada masalah tumit kaki gatal-gatal, kaki mengalami ruam kemerahan dan meninggalkan parut hitam?
Jika anda memerlukan khidmat konsultasi secara percuma, boleh hubungi:
Hotline
Curio HQ : 03-89229988 (Miss Nini)