Skip to main content
search
0

Waxing kening lagi cantik dan natural

Waxing kening lagi cantik dan natural jika dibandingkan dengan bercukur sendiri. Ramai wanita yang mempunyai masalah dengan kening tebal sehingga terbantut keyakinan diri dan tampak lebih ‘lucu’ jika korang tak pandai untuk lukis kening ketika make-up. Kalau silap teknik boleh nampak seperti “Sin-Chan”. Opssss ada yang terasa ke tu? Haaaaa jangan terasa lama sangat sebab apa, Nini ada solusi untuk uolls. Nak tau tak apa tips untuk mencantikkan bulu kening tebal yang nampak natural?

Kening pelengkap gayawaxingkeninglagicantik4

Betul, Nini setuju yang kening merupakan pelengkap gaya bagi wanita. Bentuk kening juga dapat mengubah air wajah seseorang dan ia mampu memberikan perbezaan besar pada rupa paras uolls. Ramai juga yang tanya Nini, apa trend kening sekarang?

Perbezaan Trend Kening dulu dan kini?

Di era kini, sebenarnya ramai yang suka nampak kening tu ala-ala natural gituuuu. Kalau zaman mak-mak kita dulu, senang cerita zaman 70-80an rata-rata wanita di serata dunia mempunyai kening yang nipis. Lagi nipis lagi cantik kateko! Tak kesahlah zaman dah berubah kan. Kalau dulu lebih mementingkan kening yang nampak sharp dan nipis senipis iman Nini, EHHH tiberrrr! Tapi, sekarang seperti yang Nini ada sebut tadi, lebih mementingkan kekemasan, dan nampak natural. Jom Nini kongsi macam mana nak dapatkan kening yang kemas & natural tu supaya kening lagi cantik.

waxingkeninglagicantik1

Sumber Gambar : Donna

Tips kening lagi cantik & Neutral

Sikat Kening dengan eyebrow brush

Uolls hanya perlu sikat sahaja dengan berus makeup untuk kening secara sehala setiap kali sebelum hendak melukis kening bagi yang makeup. Jika tidak hanya guna sahaja teknik yang sama menggunakan berus kening tersebut. Barulah kening lagi cantik dan teratur.

waxingkeninglagicantik2Gel Bulu kening

Cuba gunakan gel bulu kening yang uolls boleh dapat di mana-mana kedai kosmetik. Ia berfungsi untuk mengekalkan kedudukan bulu kening uolls agak tampak lebih kemas dan tidak bersepah sekaligus kening uolls nampak on point bak kata omputih.

Waxing Keningwaxingkeninglagicantik3

Waxing kening lagi cantik dan tampak lebih natural berbanding shaving. Kening juga boleh nampak lebih kemas dan teratur. Penjagaan kening selepas waxing selalunya tak susah pun. Jangan risau, waxing kening tak sakit pun. Uolls hanya perlu dapatkan servis waxing kening di Curio Spa. Waxing ni mudah dan sesuai untuk uolls yang suka nampak lebih bergaya gituuuuu. Kelebihan lain, ia bulu kening boleh tumbuh lebih lama dan nampak kemas, bersih dan tak sakit.

 

Untuk ketahui lebih lanjut tentang servis waxing kening dan servis-servis lain yang Curio tawarkan boleh klik sini.

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.