Skip to main content
search
0

MANICURE PUNCA KUKU MENIPIS?  

Ramai dikalangan kita yang berpendapat bahawa manicure adalah punca kuku menipis. Namun hakikatnya kuku menipis berpunca daripada cara penjagaan kita sendiri. Oleh itu, anda perlu tahu bahawa manicure bukanlah punca utama kerosakan kuku anda, malah manicure adalah salah satu cara untuk kembalikan kesihatan kuku agar lebih sihat dan cantik.

Punca sebenar kenapa kuku menipis

Genetik

Antara punca kuku menipis adalah kecenderungan genetik. Jika ibu bapa atau keluarga terdekat mempunyai kuku yang nipis, seseorang mungkin mempunyai masalah yang sama.

Kurang vitamin dan mineral

Selain itu, kekurangan vitamin dan mineral adalah salah satu puncanya. Hal ini boleh berpunca dari permakanan yang tidak seimbang atau tidak mencukupi serta mengambil ubat sampingan. Kebaikan zink adalah untuk mengawal proses sintesis protein, yang diperlukan untuk pembentukan plat kuku yang sihat dan kuat. Selain itu, Vitamin C dapat menghalang penyakit kulat dan juga meneutralkan toksin yang memberi kesan negatif terhadap kualiti tisu.

Isyarat kondisi kesihatan badan

Sistem endokrin, saluran gastrousus, hati, dan sistem peredaran darah mempunyai kesan yang paling besar pada keadaan plat kuku. Ketegangan saraf boleh menyebabkan kehilangan kalsium dalam badan – bahan binaan utama untuk kuku.

Penyebab dalaman kuku tipis ini adalah sama bagi kaum lelaki dan wanita. Oleh itu, keadaan kulit, rambut dan kuku adalah pantulan proses yang berlaku di dalam badan. Sekiranya tiba-tiba kuku di tangan menjadi nipis, walaupun ini tidak diperhatikan sebelumnya, sudah tiba masanya untuk menjaga kesihatan anda

Pemilihan krim yang tidak betul

Jika anda menggunakan bahan berasakan gliserin di dalam bilik dengan udara kering, bahan tersebut akan menarik kelembapan dari lapisan dalam kulit dan kuku. Seterusnya, ini akan menyebabkan kuku menipis.

Aktiviti harian di rumah

Pembersihan tanpa sarung tangan adalah salah satu sebab kuku menipis yang paling umum. Ini berpunca dari penggunaan alkali dan asid yang terkandung dalam bahan kimia yang boleh menghakis serta merosakkan lapisan kuku dan kulit. Iklim sejuk dan panas yang melampau memudaratkan plat kuku. Terutama jika seseorang mengabaikan pemakaian sarung tangan dan menggunakan krim pelindung.

Tekanan pada plat kuku

Kecederaan seperti ini boleh rawak dan disebabkan oleh tekanan sistematik pada plat kuku. Sebagai contoh, bermain alat muzik, tabiat membuka sesuatu dengan kuku, tabiat gigit kuku dan sebagainya.

 

 

Pengendalian manicure yang tidak betul

Penyebab biasa kuku menipis juga adalah kerana membuat manicure sendiri iaitu dengan membeli buffing kaca secara online dan mengikis secara berulang kali. Ianya memang berkesan tetapi ada effect sampingan seperti kuku akan menjadi nipis. Kuku yang sangat nipis di tangan – apa yang perlu dilakukan? Seharusnya, kunjungilah salon kecantikan yang mempunyai kepakaran merawat pelbagai masalah kuku.

 

Pada masa kini terdapat banyak prosedur berkesan yang bertujuan untuk mengukuhkan plat kuku, solusi bagi yang mengalami kuku rapuh, kering dan nipis. Anda boleh amalkan Kutika Miracle Cuticle & Nail Serum dari Curio. Serum popular dari Curio ini mempunyai banyak khasiat dan bahan bahan semula jadi yang boleh merawat masalah kuku seperti Vitamin E, almond oil, Neonyca dan Habbatussauda oil. Ia dapat membantu melembap kuku kering dan merawat plat kuku supaya kelihatan lebih sihat dan bebas calar, paling penting serum ini merawat terus ke lapisan matrix kuku untuk menggalakkan pertumbuhan kuku sihat.

      Kuku kilat dan cantik 3   

Leave a Reply