Skip to main content
search
0

Persediaan Sebelum Berkahwin

Persediaan sebelum berkahwin semestinya memenatkan bakal pengantin. Bakal Pengantin perlu buat persediaan seawall 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan. Tempoh 6 bulan sebelum ini, ada kalanya boleh buat bakal pengantin meroyan.Persediaan dari segi kecantikan ini penting untuk menaikkan seri wajah bukan sahaja untuk wanita tetapi bakal hubsbaby uolls boleh cuba ikut jugak okay!

Persediaan Kecantikan Diri

Amalkan Pemakanan & Gaya Hidup yang Sihat.

Pemakanan yang sihat adalah penting bagi persediaan sebelum berkahwin. Kalau uolls kerap minum air dan jadikan habit, ia mungkin membantu memberikan uolls lebih sihat dan muka pun glowing gituuuuu. Jangan lupa pemakanan pun perlu dijaga. Kurangkan makan-makanan yang berminyak dan sentiasa lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Penjagaan amalan pemakanan boleh elakkan muka dari break-out atau seumpamanya.

Facial

Kalau uolls jenis yang berduit tu boleh facial atleast 3 kali seminggu dalam tempoh 6 bulan atau sebulan 2 kali pun dah cukup bergantung pada masalah muka uolls. Nak cantik, kenala labur sikit plus effort uolls pun kena sama macam duit yang dilabur tu. Hahaha tak gituu ker?

Rawatan Tapak Kaki

Checklah tapak kaki uolls. Ada yang merekah atau tumbuh fungal/callouses tak? Kalau ada, jangan lupa ajaklah bakal pasangan sekali untuk buat persiapaan sebelum berkahwin untuk kecantikan diri. Tak salah kalau lelaki pun nak cuba kerana ia lebih kepada rawatan dan kebersihan diri jugak. Bila tapak kaki dah licin tu kan, confidentlah kalau nak duduk bersila masa akad nikah. Betul tak? hehehe

Manicure Pedicure

Kuku tangan dan kaki yang tampak sihat pasti boleh menambat hati Sang penyarung cincin di jari manis mu..gituuuuu! Salah satu persediaan sebelum berkahwin yang paling penting. Manicure & Pedicure ni uolls boleh buat 2-3 hari sebelum majlis berlangsung. Ada jugak yang tanya Nini, kalau nak pakai inai, lekat ke inai lepas mani & pedi? Jawapannya boleh! Perlu pakai Inai yang pekat atau coated inai sebanyak 2 kali daripada biasa supaya inai di jari betul2 lekat. Inform tatarias kuku uolls terlebih dahulu yer. Result, tampak lebih cantik jer kuku sebab ada shining plus inai tu lagi.

Sumber gambar: Google

Kalau uolls nak dapatkan semua rawatan kecantikan tu dengan harga yang berpatutan dan sesuai untuk bakal-bakal pengantin boleh klik sini. Dan kalau uolls berminat untuk tempah Bridal Package Curio Spa juga ada sediakan. Boleh Klik Sini untuk lihat lebih lagi.

Persediaan Majlis

Jemputan Tetamu

Jangan lupa bawak jer kad jemputan kemana-mana sahaja uolls pergi sebab senang dah alang2 keluar kadan-kadang terjumpa si Bedah lah, Si Milah lah boleh jer bagi kad jemputan tu sekali. So, takdelah kelam kabut atau panik kalau takut takde siapa datang majlis kalau kad jemputan tak habis bagi kan.

Fitting Baju

Bab ni uolls kena jaga pemakanan kalau tak dalam sebulan boleh fitting baju 2-3 kali nanti. Nini sarankan uolls maintain dan buat fitting baju awal sebab takut last minit baju tu tak kena dengan badan. Kalau tempah baju dengan designer paling termahir ke, designer 5 stars takpe, ini kalau uolls sewa baju lagi susah nak penuhi permintaan yang last minit ni. So, uolls perlu bijak ok.

Lokasi

Kebiasaannya, untuk sesiapa yang buat majlis perkahwinan di dewan atau lokasi yang perlu tempah, perlu lock date atleast 1 tahun sebelum tarikh majlis. Nak2 lagi kalau tempat uolls buat majlis tu memang hotspot. Rajin-rajinkan diri pergi melawat kawasan atau mungkin uolls ada idea menarik untuk dikongsi dengan wedding planner.

 

Itu sajalah perkongsian Nini untuk semua bakal-bakal pengantin yang nak tahu persediaan sebelum berkahwin. Jangan buat persediaan last minit takut nanti uolls meroyan pulak terus tak jadi kahwin! Ehh tiberrrr!

 

Follow IG Curio Spa untuk ketahui promo terbaru dari kami.

@curiospa

Leave a Reply