Cara-cara Hilangkan Hitam Bawah Mata
Eeeeeee stressnya! Dah tak tau dah macam mana nak hilangkan hitam bawah mata ni. Berkilo-kilo beratnya bila disimpan dan sampai tak tau macam mana nak sorok lagi. Ada sesiapa yang dah nak give up ke?? Kejap! Jangan give up lagi tau korang nak tau sebab apa? Sebab Nini nak share serba sikit tips mudah untuk hilangkan hitam bawah mata uolls yang dah berguni tu. Uolls perlu tahu dulu punca-punca hilangkan hitam mata.
Punca-punca Hilangkan Hitam Bawah Mata
1.Tidak cukup tidur
- Tidur ialah satu amalan yang penting dan setiap orang perlu tidur yang cukup untuk kekalkan tenaga dan hilangkan hitam bawah mata. Mata yang lesu akan mula nampak dan garisan halus boleh mula kelihatan. Perlu diingatkan bahawa untuk mendapatkan tidur yang cukup, korang perlu sentiasa ada disiplin diri dan bersedia 15minit awal sebelum tidur. Tukarlah gaya hidup yang lebih sihat untuk kekal awet muda.
2. Pigmentasi Bawah Mata
- Korang ada tak pigmentasi terutama sekali di bawah mata tu? Haaa Kalau ada jangan terkejut kerana ia tidaklah menjadi hal yang serius atau menjejaskan kesihatan korang. Pigmentasi boleh dihilangkan dengan penggunaan serum bawah mata yang betul sekali gus, dapat menghilangkannya.
3. Keletihan & Stress
- Keletihan juga adalah salah satu sebab kesan hitam bawah mata. Uolls perlu ubah gaya hidup dan perlulah sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Rajinlah bersukan dan makan-makanan yang berkhasiat.
4. Pendedehan kepada cahaya matahari tanpa guna krim pelindung matahari
- Krim pelindung matahari adalah sangat penting kepada kita semua. Perlu dingatkan memakai pelindung matahari bukan sahaja mampu melindungi kulit wajah teteapi dapat mengurangkan kesan hitam bawah mata.
Cara-cara menghilangkan hitam bawah mata
1. Minyak Badam Manis
- Sapukan sedikit minyak badam pada lingkaran gelap dan lakukan urutan perlahan dan lembut supaya ianya meresap kedalam kulit kamu. Biarkan ia semalaman dan basuh pada keesokan paginya. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur sehingga anda mendapati lingkaran gelap tersebut hilang.
Mengapa ia berkesan?
Badam adalah sumber vitamin c yang sangat bagus. Minyak daripada badam boleh digunakan sebagai emolien kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang membuatkan kulit anda lembut.
2.Gel Aloe Vera
Sapukan gel pada bahagian bawah mata dan urut untuk beberapa saat. Biarkan ia selama 10-12 minit. Bersihkan dengan pad kapas yang lembab. Berapa kerap anda perlu melakukannya? Lakukan sekali pada waktu siang dan sekali sebelum tidur.
Mengapa ia berkesan?
Aloe vera melegakan dan menghidratkan kulit. Sifat berkhasiatnya mampu mengurangkan pigmentasi di bahagian bawah mata dan membuatkan bahagian kulit yang sensatif pada bahagian tersebut lebih sihat.
3.Minyak Argan
Sapukan minyak agan pada bahagian bawah mata dengan menggunkan jari manis atau jari kelingking. Tepuk secara ringan untuk meningkatkan penyerapan minyak kedalam kulit. Jangan dibilas. Lakukan pada waktu malam, sebelum tidur.
Mengapa ia berkesan?
Minyak argan adalah minyak yang sangat ringan yang mudah diserap kedalam kulit. Ia mengandungi Vitamin E yang sangat tinggi dan antioksida yang akan merawat tisu kulit di bawah mata dan memulihkan cahaya atau sinaran semulajadinya. Ia bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus.
4.Minyak Kelapa
Sapukan minyak pada kulit bawah mata anda. Urutkan dengan lembut dalam gerakan arah jam dan arah lawan jam beberapa kali. Biarkan semalaman.Ulangi ini setiap malam sebelum tidur.
Mengapa ia berkesan?
Sifat berkhasiat dan pelembab minyak kelapa menjadikan kulit anda sihat.
Untuk terus mendapatkan update dari Curio Spa berkenaan dengan post terbaru jangan lupa untuk follow curio spa di media sosial:
Instagram: @curiospa
Facebook: Curiospa