Skip to main content
search
0

Urutan Relaxing

Tak dapat dinafikan lagi, urutan memberi kesan yang baik untuk badan dan minda. Jika ianya bermanfaat dalam rutin harian kita, kenapa kita tidak mengamalkannya? Komplikasi seperti ketegangan otot, tekanan atau stress, dan sengal-sengal sendi mampu diatasi dengan bantuan terapis urut yang berpengalaman. Justeru, setiap individu perlu mendapatkan urutan relaxing sebagai gaya hidup masa kini.

Kebanyakan terapi urutan memberi kebaikan dalam menangani masalah stress atau lebih dikenali dengan urutan anti-stress. Juga, sesetengah teknik urutan lebih fokus kepada melegakan tekanan dan point-point tertentu.

Berikut adalah beberapa teknik urutan relaxing popular yang digunakan secara meluas di  seluruh dunia:

  1. Urutan Deep Tissue

Baik untuk: melegakan urat tersimpul dan memperbaiki rutin pergerakan harian. Terutama sekali pada bahagian bahu dan leher

Jika anda menginginkan urutan relaxing, teknik ini tentu menjadi pilihan anda. Sama seperti nama teknik ini, urutan Deep Tissue lebih tertumpu kepada tisu di sekitar otot dan melegakan sengal badan untuk mengurangkan stress. Anda akan merasakan badan menjadi bengkak dan lebam akibat tekanan dan teknik yang terapis gunakan. Tapi, kesan tersebut adalah berdasarkan kaedah yang betul mengikut saranan Moyer Wellness: Urutan Deep Tissue ialah apabila terapis menggunakan buku lima dan siku ke atas otot bermasalah hingga ke tulang. Oleh sebab itu, tak semua orang boleh melakukan urutan ini. Golongan yang disarankan mendapatkan urutan seperti ini ialah atlet, individu yang menjalani terapi fizikal, atau individu yang mempunyai tisu yang tebal supaya dapat melakukan kerja dengan lebih lancar.

2. Urutan Swedish

Baik untuk : Permulaan urutan, melegakan stress atau tekanan, relaxing, melegakan kejang atau ketegangan otot

Teknik urutan ini adalah asas kepada terapi urutan relaxing, dan perkara yang sinonim apabila orang menyebut perkataan “urutan”. Urutan Swedish menggunakan kombinasi teknik-teknik ini:

  • Efffleurage
  • Petrissage
  • Perselisihan (friction)
  • Tapotement

3. Urutan Hot Stone

Baik untuk : Melegakan ketegangan otot, memberi ketenangan

Sepanjang sesi urutan Hot Stone, badan anda bukan sahaja diletakkan hot stone, terapis juga menggunakan batu tersebut untuk urutan di seluruh badan. Urutan Hot Stone lebih kepada urutan relaxing; urutan ini bukan sekadar urutan yang menyegarkan seperti biasa, malah haba daripada batu tersebut membantu anda fokus semasa rawatan. Urutan ini dapat melegakan ketegangan pada belakang dan bahu khususnya, supaya otot pada bahagian tersebut dapat berfungsi dengan lebih efektif.

4.  Urutan Shiatsu

Baik untuk : Masalah berkaitan sakit kepala, sakit belakang, kurang bertenaga

Shiatsu (tekanan jari) ialah satu teknik urutan tradisi dari Jepun. Urutan relaxing ini menggabungkan teknik regangan lembut dengan tekanan jari ke atas titik tekanan yang berbeza. Walaupun tiada bukti yang kukuh mengatakan bahawa Shiatsu boleh merawat, ramai yang mengatakan urutan ini mampu melegakan stress dan sengal-sengal badan.

5. Urutan Thai

Baik untuk : Membaikpulih tenaga, meningkatkan fleksibiliti, kesihatan yang menyeluruh.

Urutan Thai berkesan untuk seluruh badan. Sejenis urutan yang menyegarkan; terapis akan menggerakkan anggota badan anda seakan regangan yoga. Urutan ini juga memberi tekanan pada otot melegakan sendi.

Di Curio Spa Bangi menawarkan urutan relaxing yang anda idamkan; dan semestinya layanan yang ditawarkan seperti anda berada di hotel bertaraf lima bintang!

Hubungi 03 8912 5500 untuk maklumat lanjut.

 

 

 

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.