Urutan Hilangkan Stress
Kepesatan pembangunan pada hari ini amatlah mengagumkan; terasa masa berlalu dengan cepat sehingga membuatkan seseorang itu cenderung untuk mengalami tekanan atau stress. Anda mampu untuk mengatasi permasalahan ini dan mencegahnya daripada mengganggu prestasi kerja dan kesihatan. Banyak pakar psychologist berpendapat bahawa urutan mampu mengurangkan simptom stress. Terdapat beberapa teknik urutan hilangkan stress yang boleh diguna pakai sebagai komponen untuk mengurangkan stress.
Urutan hilangkan stress dan legakan anxiety
- Kajian mendapati urutan boleh mengurangkan anxiety dan kemurungan; mengurangkan sakit kepala dan sakit belakang; legakan simptom fibromyalgia; turunkan kadar hormon stress; tingkatkan fungsi sistem imunisasi; dan memperbaiki kualiti tidur dan imej individu.
Urutan santai atau relaxing massage ialah salah satu rawatan yang boleh dinikmati bagi merawat fizikal yang lesu akibat stress. Ia membantu menenangkan minda dan seseorang itu dapat menikmati sentuhan yang lembut bertumpu kepada sesuatu titik tekanan.
Urutan juga adalah kaedah terbaik bagi merawat insomnia. Rawatan yang betul mampu meningkatkan kualiti tidur yang bukan sekadar teknik urutan, malah kombinasi relaxing, bunyian yang menenangkan, pernafasan yang betul, persekitaran yang damai serta fokus terhadap tekanan pada otot dan tisu.
Urutan hilangkan stress atau tekanan sendiri di rumah: Anda boleh melakukan beberapa langkah urutan yang mudah bagi menghilangkan stress atau tekanan. Antaranya ialah:
- Urutan untuk melegakan mata letih – tutup mata. Letakkan ibu jari di bawah kening, urut membulat di sekitar kelopak mata dan berakhir di batang hidung. Ulang langkah ini beberapa kali terutama sekali pada kawasan dalam soket mata, di mana batang hidung bertemu dengan rabung kening.
- Urutan melegakan sakit kepala – letakkan ibu jari pada tulang pipi dekat ke telinga, dan urut pelipis (kawasan lembut di hujung mata, dekat dengan telinga) menggunakan hujung jari.
- Urutan untuk tangan – dengan ibu jari, urut dan tolak otot tapak tangan menghala ke hujung jari. Fokus kepada celah tulang jari tapak tangan.
- Urutan kaki – guna ibu jari, urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas; diikuti dengan tepi tapak kaki dan bawah ibu jari kaki. Tekan setiap jari-jari kaki.
Jika langkah tersebut tidak memberi kesan, sila dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengenalpasti permasalahan yang dialami. Jangan sesekali menggantikan rawatan perubatan dengan melakukan urutan sendiri di rumah.
Teknik urutan khas relaxing yang digunakan secara worldwide dikenali sebagai Swedish Massage. Nak tahu apa itu Swedish Massage? Teknik urutan ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam post yang seterusnya.
Jom dapatkan promosi terbaru hanya di Curio Spa Bangi Anti Stress Massage