Skip to main content
search
0

Adakah urutan mampu menguruskan badan?

 

Persoalan adakah urutan mampu menguruskan badan bukanlah isu yang baharu. Dalam bermacam-macam jenis teknik menguruskan badan, ada berpendapat urutan yang kerap mampu memberi kesan terhadap penurunan berat badan. Jelas sekali isu ini paling mendapat perhatian umum. Urutan untuk kurus boleh diibaratkan, dengan cara yang begitu mudah; baring di atas massage bed, kemudian berat anda berkurang selesai rawatan? Namun, ianya bukanlah seperti yang anda fikirkan.

 

“Sepanjang 15 tahun kerjaya saya sebagai massage therapist, saya banyak menolong orang ramai menangani berat badan yang serius,” kata Wil Lewis, seorang pengarah di New York Chillhouse. Tambah beliau, urutan sahaja tidak mampu merealisasikan impian pelanggan terbabit. Oleh itu, beliau menyarankan pelanggan untuk bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk impian mereka tercapai seperti diet dan senaman yang efektif.

 

 

Menurunkan berat badan mungkin kelihatan rumit dan sukar apabila ianya menyakitkan dan buat anda ‘menderita’, kata Lewis. Tapi, apabila urutan digabungkan dalam disiplin kuruskan badan, penderitaan itu bertukar kepada self-love. Tambah Lewis lagi, terapi urutan boleh buatkan proses menguruskan badan menjadi lebih positif, menggalakkan individu untuk terus konsisten dengan impian mereka. Malah, urutan adalah suatu ganjaran yang paling hebat apabila anda mencapai sesuatu target.

Implikasi urutan boleh membantu individu menurunkan berat badan adalah dengan memudahkan seseorang individu untuk bersenam. “Urutan dapat memperbaiki otot dan  mengurangkan ketegangan. Apabila badan anda selesa, proses untuk memperbaiki bentuk tubuh akan bertambah mudah.”

Harus diingat bahawa, urutan tanpa senaman yang cukup tidak mampu merealisasikan inpian anda untuk tampil kurus dan fit. Tapi, apabila kedua-duanya digabungkan dengan tabiat pemakanan yang betul, ianya bukan lagi suatu yang mustahil.

Justeru, jawapan kepada persoalan “adakah urutan mampu menguruskan badan?” adalah Ya, urutan mampu membantu menguruskan badan. Akan tetapi, faktor-faktor lain seperti mentaliti dan inisiatif fizikal seperti cara pemakanan dan senaman juga perlu diambil kira. Anda akan berasa badan lebih ringan dan fit setelah mendapat urutan. Ini kerana, peredaran darah anda sudah bertambah baik serta memperbaiki tisu dan otot yang cedera akibat senaman atau aktiviti sukan.

Di Curio Spa , kami menawarkan pelbagai jenis urutan sesuai dengan keutamaan anda. Jika anda memerlukan khidmat konsultasi secara percuma, boleh hubungi:

Hotline

Curio HQ :  03-89229988 (Miss Nini)

Curio Spa 

Outlets

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.