Skip to main content
search
0

Ubat Ketuat Di Kaki

Ramai yang mencari ubat ketuat di kaki tapi sebelum itu uolls perlu faham tentang ketuat dan jenisnya.

Apa itu Ketuat?

Ubatketuatdikaki2Pertumbuhan kecil dan tidak kronik ini muncul apabila kulit anda dijangkiti dengan salah satu daripada banyak virus dari keluarga human papillomavirus (HPV). Selain itu, virus ini mencetuskan pertumbuhan sel tambahan, yang menjadikan lapisan luar kulit tebal dan keras di tempat yang dijangkiti. Walaupun ketuat ini boleh tumbuh di mana-mana lapisan kulit, ia lebih cenderung untuk tumbuh di tangan atau kaki. Jenis ketuat juga bergantung kepada tempat yang ditumbuhi dan bentuknya juga berbeza di lain bahagian badan dan ubat ketuat di kaki sememangnya mudah didapati.

Ketuat di Tapak Kaki atau Plantar Warts

Ramai yang tanya Nini, apa ubat ketuat di tapak kaki? Sebelum tu, meh sini Nini nak tanya, uolls ada rasa macam batu kecil yang melekat pada tapak kaki tak? Cepat! Check tapak kaki tu. Tekanan dari berjalan dan berdiri menjadikannya tumbuh pada kulit uolls. Uolls mungkin mempunyai satu atau sekumpulan (yang dikenali sebagai ketuat mozek/mosaic wart). Ianya rata, keras, tebal, dan mungkin ada yang terkeliru dengan ‘callouse’.

Bagaimana Ketuat di Kaki Merebak?

Sentuhan Kulit

Ubatketuatdikaki4Ketuat sangat mudah untuk merebak apabila bersentuhan secara langsung dengan kulit seperti apabila uolls memicit ketuat seperti uolls cuba untuk picit jerawat yang sudah bernanah dan kemudiannya menyentuh anggota badan lain pada masa yang sama, berkemungkinan bahagian lain pula yang bakal ditumbuhi ketuat.

Barang Peribadi

Ubatketuatdikaki3Elakkan berkongsi tuala atau pisau pencukur kerana ketuat juga boleh merebak melalui barang peribadi. Selain itu, keraplah tukar tuala mandi uolls kerana virus daripada tuala yang telah digunakan mampu menjangkiti kulit. Kebiasaannya, ‘virus’ yang dibawa ketuat sangat mudah untuk berjangkit sekiranya persekitaran lembab, lembut atau permukaan kulit yang tercedera.

Cara Menghilangkan ketuat kaki

Petua 1

Gosok ketuat dengan pasir yang basah seperti pasir di sungai atau di kawasan pantai. Cuba selama tiga hari berturut-turut, ketuat akan hilang dengan sendirinya.

Petua 2

Gunakan kapur sirih untuk disapu ke atas ketuat. Biarkan ia mengering sendiri. Amalkannya sehingga ketuat mengering dan gugur dengan sendirinya.

Petua 3

Ambil daun kesum dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan sedikit garam dan sebatikannya. Sapu campuran tersebut ke atas ketuat. Tunggu sehingga kering dan bersihkan. Amalkannya sehingga ketuat gugur sendiri.

*Info petua dipetik dari artikel EH!

Rawatan Tapak Kaki

ubatketuatdikaki7Akhirnya jom Nini share dengan uolls cara paling berkesan dan ubat ketuat kaki yang paling efektif ialah rawatan tapak kaki. Di Curio, kami ada menawarkan rawatan tapak kaki khusus untuk menyingkirkan ketuat dan masalah callouses. Curio mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam menyelesaikan masalah tapak kaki merekah, tumit kaki pecah, ketuat dan callouses.

Kaki akan dibersihkan terlebih dahulu menggunakan antiseptik untuk menghilangkan kotoran. Kemudian cuci kaki dengan air basah. Di Curio, kami menggunakan T-Tree Callus Polish pada kaki untuk melembutkan tapak kaki sebelum di gosok dan dibersihkan menggunakan alat dipanggil foot file.

 Tapak kaki uolls akan dicuci dengan air suam menggunakan kain basah dan losen ylang foot hydrator digunakan untuk menghilangkan bau dan melindungi kaki dari rekahan. Selepas itu ia diurut untuk sentuhan terakhir bagi memberikan kesegaran pada kaki uolls.

Ubatketuatdikaki6

SEBELUM

Ubatketuatdikaki5

SELEPAS

Klik sini untuk ketahui lebih lanjut. Cepat uolls! Nini dah book untuk slot minggu ni. Ada rezeki jumpa uolls dekat Curio Spa okay.

Jangan lupa follow Curio Spa untuk update dengan promo terkini !

Facebook : Curiospa

Instagram : @Curiospa

 

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.