Tumit Sakit Bila Pijak

Sebab berlakunya tumit sakit bila pijak

  • Plantar fasciitis – Radang atau bengkak pada plantar fascia. Plantar fascia adalah satu ligamen berbentuk tali busur yang mengalir daripada ulang tumit hingga ke hujung kaki.
    Apabila plantar fasciitis terlalu meregang, tisu fiber yang lembut akan menjadi bengkak, biasanya akan melekat pada tulang tumit. Kadangkala masalah ini berlaku di tengah-tengah tapak kaki. Sesetengah individu juga akan mengalami kekejangan pada otot betis jika tendon achilles yang tegang. 
  • Radang tumit -Radang pada bahagian belakang tumit yang berpunca daripada memijak permukaan kasar. Ia juga boleh berpunca daripada tekanan semasa memakai kasut. Tumit sakit bila pijak ini boleh dirasai dari dalam atau belakang tumit. Bagi sesetengah kes, tendon achilles mungkin akan mengalami bengkak akibat daripada tumit sakit.   
  • Tumit benjol – Banyak berlaku dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku apabila keadaan tulang tumit yang belum matang dan digosok secara berterusan menjadikan tulang tumbuh dengan banyak. Masalah ini sering terjadi kepada individu yang mempunyai tapak kaki yang rata. Tambahan pula, para wanita berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini apabila mereka mula memakai kasut tumit tinggi.
  • Retak akibat tekanan – Retakan ini berlaku disebabkan oleh tekanan yang berterusan, biasanya daripada senaman berat, sukan atau kerja-kerja berat. Pelari cenderung untuk mendapat retakan ini pada tulang metatarsal dan menyebabkan osteoporosis.

Punca tumit sakit bila pijak:

  1. Kelemahan tendon achilles – tendon pada tumit di belakang buku lali terkoyak. 
  2. Tulang bengkak
  3. Ketumbuhan pada tulang
  4. Gout – satu tahap di mana kadar uric acid dalam darah meningkat ke paras berlebihan (hyperuricemia), menyebabkan mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
  5. Masalah postur ketika berjalan

Simptom tumit sakit bila pijak

Tumit sakit bila pijak berlaku secara perlahan tanpa mengalami sebarang kecederaan. Ia biasanya terjadi disebabkan oleh pemakaian kasut rata dan sandal. Memakai kasut bertapak rata boleh meregangkan plantar fascia seterusnya membengkak.

Post-static dyskinesia (sakit selepas rehat) adalah simptom yang cenderung kepada sakit ketika bangun pagi, dan selepas rehat yang lama sepanjang hari.

Bila anda patut menghubungi doktor?

  • Kesakitan berserta dengan bengkak di sekitar tumit
  • Rasa kebas dan menyucuk pada tumit, sakit dan demam
  • Sakit tumit dan demam
  • Sukar untuk berjalan secara normal
  • Kaki tidak dapat membengkok
  • Tidak boleh berdiri dengan mengangkat belakang kaki

Justeru, anda patut berjumpa doktor berkenaan dengan masalah ini sekiranya tanda-tanda tersebut berlarutan lebih daripada seminggu dan kesakitan masih terasa walaupun anda tidak berjalan atau berdiri.

Jika ada sebarang pertanyaan dan khidmat konsultasi, sila hubungi kami :

Curio HQ :  03-89229988 (Miss Nini)

Curio Spa

Leave a Reply