Masalah Kulit Kaki Menggelupas
“ Masalah kulit kaki menggelupas adalah perkara biasa, dan berpunca daripada pelbagai faktor”, kata Rebecca Pruthi, doktor pakar podiatrist dan juga pemilik Foot Care of Manhattan. “ Kaki membawa kita ke mana sahaja dan sehingga boleh menyebabkan pecah dan menggelupas,” katanya lagi.
Tetapi, kulit kaki menggelupas bukan sahaja disebabkan oleh pergerakan harian dan tekanan pada kaki semata-mata. Terdapat 6 sebab berlakunya kulit kaki menggelupas.
- Jangkitan fungal.
Menurut Pruthi, kebiasaannya kulit kaki menggelupas berpunca daripada jangkitan fungal tanpa disedari oleh individu terbabit. Seseorang itu tidak menyedari tentang jangkitan ini kerana ia tidak menimbulkan rasa gatal-gatal. Jadi, sekiranya kaki anda mula menggelupas tanpa sebab, sila rujuk pakar dengan segera. Apabila seseorang itu mengalami jangkitan fungal pada kulit kaki, ia boleh merebak ke kuku kaki, menyukarkan lagi proses untuk menghapuskannya.
- Rutin senaman yang kuat berpeluh
Kadar peluh yang berlebihan boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kaki, dan boleh membawa kepada kulit kaki menggelupas. Ini bermakna, rutin senaman terutama sekali yoga, boleh menjadikan kulit kaki menggelupas. Pruthi mengingatkan bahawa segala aktiviti senaman berkaki ayam, berkongsi tikar atau aktiviti yoga boleh membawa kepada jangkitan kuman dan bakteria.
- Kasut bertali (strappy heels)
Ramai wanita gemar mengenakan kasut bertali termasuk Pruthi. Namun, pemakaian kasut santai dan selesa juga boleh memberi kesan geseran pada kulit yang serius. Menurut Pruthi, apa sahaja yang menyebabkan geseran, ia boleh membawa kepada masalah kaki melecet, bersisik dan menggelupas. “Jangan pakai kasut dalam tempoh yang lama, dan jika anda dapati geseran, sila tukar kasut anda.” tambah Pruthi. Ternyata permasalahan kulit kaki menggelupas bukan sahaja berpuca daripada kasut bertumit, malahan juga pada kasut biasa seperti flip flop.
- Sunburn
Tiada siapa yang mahukan sunburn sehingga membuatkan kulit menjadi merah padam dan pedih. Penggunaan losyen pelindung matahari selalunya berfokus pada bahagian lengan, leher, muka dan sebagainya. Tumpuan pada kaki kurang diberikan semasa menyapu losyen pelindung matahari. “Losyen pelindung matahari tidak bertahan lama pada kaki. Apabila anda merendam kaki ke dalam air, anda harus menyapunya sekali lagi. Lindungi kaki anda daripada menerima sinaran UV yang berbahaya.” tegas Pruthi.
- Ekzema
Ekzema adalah satu penyakit kulit meninggalkan kesan menggelupas, gatal-gatal, kering dan bersisik pada anggota badan termasuk kaki. Walaupun ramai yang pernah mengalami ekzema semasa kanak-kanak, penyakit ini juga terdapat pada orang dewasa. Akan tetapi, sekarang sudah banyak rawatan dan produk penjagaan daripada penyakit ini dari terus merebak, melalui podiatrist dan pakar dermatologi.
- Dehidrasi
Dehidrasi mampu menjadikan anda penat, kurang kadar metabolisma, break out dan sudah pasti kulit kaki menggelupas. “Tanda-tanda dehidrasi ialah kulit anda mula menggelupas di seluruh anggota badan terutama pada kulit kaki. Banyakkan meminum air masak.” nasihat Pruthi.
7. Normaliti
Walaupun kulit menggelupas ini membimbangkan, namun ia tidak selalunya perkara yang tidak baik. “Badan anda cuma menggelupas secara semula jadi.” Kata Pruthi. “Jadi saya selalu nasihatkan pesakit supaya skrub kaki menggunakan pumice stone semasa mandi. Batu ini membantu tanggalkan sel kulit mati dan membantu pertumbuhan sel kulit baru.” Tambah Pruthi lagi.
Dapatkan Anti Callus set, berkesan untuk kebanyakan masalah kaki termasuk kaki menggelupas. Beli dengan harga promosi sekarang!
Kunjungi kami hari ini Curio Spa dan dapatkan pakej menarik pada harga mampu milik. Hubungi:
03 8912 5500 – Curio Spa Bangi
03 4143 0500 – Curio Wangsa Walk
03 4257 6500 – Curio Ampang Point