Skip to main content
search
0

Masalah jerawat badan, punca dan rawatan

Breakout seperti blackhead dan jerawat bukan saja boleh terbentuk pada muka. Breakout boleh terjadi pada anggota badan yang lain juga. Dada, leher, bahu dan pangkal lengan, dan boleh jadi di bahagian punggung – kawasan berikut cenderung untuk mendapat jerawat. Jika anda megalami gejala ini, ketahuilah bahawa masalah ini adalah normal dan dihidapi oleh hampir setiap orang. Jerawat badan boleh berlaku kepada sesiapa saja, baik remaja mahu pun dewasa (tetapi kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ini berbanding wanita)

Punca jerawat badan

masalah jerawat badan curio spa 2                    masalah jerawat badan curio spa

Jerawat badan berpunca daripada faktor yang hampir sama dengan jerawat pada wajah, dikenali sebagai kelenjar minyak (oil glands) yang bertindak balas dengan sel kulit mati dan menyebabkan pertumbuhan bakteria punca jerawat. Lebih mendalam lagi, jerawat terjadi apabila minyak dan sel kulit mati terperangkap di antara follicle atau liang pori, maka terjadinya blockage. Blockage inilah yang menjadi blackhead dan seterusnya menjadi jerawat.

Jerawat ialah mekanika terbentuk daripada haba, geseran dan peluh

masalah jerawat badan curio spa 1

Menggaru atau mengenakan tekanan pada kulit, dicampur dengan haba dan peluh, boleh mengganggu dan memberi kesan inflamasi terhadap folikel hingga terbentuknya jerawat.

Untuk mencegah situasi sebegini, elakkan geseran dan menggaru semasa proses jerawat sembuh. Ini termasuklah memakai pakaian ketat, baju berkolar, penggunaan beg galas, atau beg silang.

Peluh juga boleh memberi kesan kepada jerawat badan. Untuk mengurangkan kesan iritasi ini, anda disarankan mandi setelah selesai bersenam. Skrub badan secara lembut. Ingat, elakkan geseran. Bersihkan anggota badan dengan teliti dan lembut – penggunaan produk yang mengandungi salicylic acid atau benzoyl peroxide adalah lebih baik berbanding skrub yang kerap.

masalah jerawat badan curio spa 4Akhir sekali, penjagaan diri, aktiviti dan pemakanan amat penting untuk merawat pelbagai jenis masalah termsuklah jerawat badan. Mencari produk yang sesuai dengan kulit tanpa kesan iritasi sampingan juga bukan suatu hal yang mudah. Kenalpasti kandungan produk sebelum mencubanya. Di Curio Spa, kami menawarkan full body scrub khas untuk mengatasi masalah jerawat badan. Di akhir rawatan, setiap pelanggan akan dapat mandi dan relax di dalam oxygenated jacuzzi secara percuma. Skrub yang kami gunakan berfungsi untuk melawan keradangan dan mencerahkan di samping bau  dari ekstrak black olive, walnut shell dan bengkoang yang sangat menyegarkan.

Tempah sekarang

Jika ada sebarang pertanyaan dan khidmat konsultasi, sila hubungi kami :

Hotline

Curio HQ :  03-89229988 (Miss Nini)

Curio Spa

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.