Skip to main content
search
0

Sakit tengkuk tak selesa

 

Pernah tak uolls rasa sakit tengkuk yang melampau sampai tak selesa nak toleh kiri kanan? Pernah? Ya, Nini sangat faham perasaan tu. Memang sangat perit lagi-lagi bila nak toleh tu. Mau tergeliat urat rasanya. Tapi, nak tahu jugak apa sebenarnya penyebab sakit tengkuk ni yer?

Punca-punca sakit tengkuk tak selesa

  • Peningkatan umur

Menurut pakar, peningkatan umur merupakan salah satu punca kepada sakit tengkuk tak selesa. Gangguan degeneratif seperti osteoartritis, stenosis tulang belakang, dan penyakit cakera degeneratif boleh mempengaruhi tulang belakang.

  • Kehidupan Sehariansakit tengkuk tak selesa3

Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula. Tekanan dan ketegangan emosional boleh menyebabkan otot mengecut menyebabkan rasa sakit dan kejang.

  • Kecederaan/kemalangan

Whiplash adalah kecederaan yang biasa berlaku semasa kemalangan. Ini biasanya dipanggil hyperextensi atau kecederaan hyperfleksi kerana kepala dipaksa bergerak ke belakang atau ke hadapan dengan pantas melampaui gerakan normal leher. Pergerakan yang tidak normal ini mempengaruhi otot dan ligamen di leher. Otot bertindak balas dengan mengetat dan mengecut. Ini menyebabkan keletihan otot yang membawa kepada rasa sakit dan kekejangan.

Gejala lain yang berkaitan termasuklah:

sakit tengkuk tak selesa4

  • Rasa kebas, kesemutan
  • Rasa sakit yang tajam
  • Kesukaran untuk menelan
  • Rasa berdenyut-denyut
  • Bunyi yang menggelegak di kepala
  • Pening
  • Keletihan
  • Bengkak kelenjar
  • Sakit kepala
  • Kesakitan di bahagian muka dan bahu

 Pencegahan sakit tengkuk tak selesa

sakit tengkuk tak selesa4

Pastikan amalan postur yang betul semasa duduk, berdiri, bekerja dan aktiviti-aktiviti di rumah semasa baring:

  • Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher
  • Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama
  • Pastikan mekanisma senaman regangan untuk bahagian leher dilakukan secara berjadual untuk mencapai perkembangan yang optima.
  • Rehatkan otot leher setelah lama berkerja dengan komputer atau kerja pejabat yang lain.
  • Pastikan melakukan pergerakan leher secara perlahan.

Berita baik!

Dapatkan Victory Back Body Massage hanya RM49 sahaja di Curio Spa Bangi. Urutan lebih fokus kepada pressure points di kepala, tengkuk, bahu dan belakang badan hingga ke tapak kaki selama 50 minit. Juga, complimentary seperti scented eye pillow, heated back pillow, milky foot bath, dan teh herba pasti menjanjikan keselesaan menyeluruh buat anda.

Akan Datang Urutan Tuju Angin di Curio

sakit tengkuk tak selesa5

Untuk menghilangkan gejala stress dan masalah sakit tengkuk untuk tidak menjadi lebih serius, boleh cuba urutan tuju angin yang bakal kami lancarkan khas buat uolls yang ada masalah sakit tengkuk dan kerap terganggu dengan masalah ini. Jangan lupa untuk tuggu dan follow kami di media sosial CurioSpa untuk ketahui maklumat lanjut!

Instagram: @curiospa

Facebook: Curiospa

Website: Curiospa

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.