Skip to main content
search
0

13 Perkara Wajib Tahu Sebelum Waxing

 

“Sebelum trip saya ke Los Angeles, saya bercadang untuk membuat Brazilian waxing. Tanpa pengetahuan khusus, saya shave 2 hari sebelum saya waxing. Terapis bertugas mula mencabut bulu menggunakan hot wax berulang kali pada kawasan sama. Saya ingatkan itu perkara normal – patutnya rasa sakit lah kan? Sudah tentu, dia tidak dapat cabut bulu tersebut sepenuhnya sebab terlalu pendek, dan meninggalkan kesan iritasi, kemerahan – benda yang paling dielakkan sebelum trip ke kawasan panas atau aktiviti berbasikal. Ya, saya lakukan kedua-duanya.” – Perkongsian dari Rebecca.

Entri kali ini ini Nini nak share kan 13 Perkara Wajib Tahu Sebelum Waxing supaya pengalaman waxing anda ceria, selesa dan berbaloi.

  1. Biarkan bulu tumbuh selama 4 minggu

Ya, 4 minggu. Panjang bulu yang ideal untuk waxing mestilah satu per empat (1/4) inci. Semakin pendek bulu, semakin susah dicabut sebab bulu yang pendek lebih tebal

  1. Pengambilan Advil (Anti Inflammatory) sebelum appointment

Atau sebarang ubat tahan sakit pilihan yang dapat kurangkan kulit anda dari inflamasi

  1. Dilarang wax 5 hari sebelum dan 5 hari selepas period

Badan akan bertambah sensitif semasa menstrual cycle. Terutama sekali bagi first timers, boleh book appointment luar daripada hari-hari tersebut.

  1. Exfoliate pada malam atau pagi sebelum wax, tapi bukan selepas

Menggunakan sugar scrub dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, kunci utama clean wax dan mengurangkan risiko ingrown hair. Tapi, tidak digalakkan untuk scrub 2-3 minggu selepas wax kerana ia boleh mendatangkan kesan iritasi pada kulit.

 

  1. Bersenam sebelum wax, bukan selepas

Jika anda berpeluh pada kulit yang baru saja di wax, tiada bulu atau rambut untuk serap peluh dan boleh menyebabkan geseran kulit sehingga berlakunya iritasi.

  1. Lakukan waxing sekurang-kurangnya 3 hari sebelum pakai swimsuit

Untuk wanita yang kulitnya lebih sensitive, kesan kemerahan menjadi reda boleh menjangkau selama 3 hari. Juga, air laut dan klorin yang masuk ke dalam pori akan menambahkan lagi kesan iritasi kulit.

 

  1. Ketahui jenis wax yang akan anda terima

Ada 2 jenis wax. Soft wax, digunakan untuk kawasan bulu yang lebih halus, manakala hard wax untuk permukaan kulit yang lebih luas dan bulunya yang lebih tebal. Di Curio Spa Bangi, kami menggunakan premium quality wax dari Triple X Wax.

  1. Pakai pakaian sesuai semasa treatment

Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlalu ketat sebaiknya jenis yang mudah ditanggal. Pantyhose dan suit tidak digalakkan sama sekali.

  1. Sila tanggalkan underwear

Ya, apabila anda diminta salin pakaian, bermakna kesemua pakaian dari pinggang ke bawah termasuklah underwear perlu ditanggalkan. Sesetengah spa termasuk Curio Spa ada menyediakan disposable underwear agar pelanggan lebih selesa. Tapi, sudah tentu anda tidak mahu pakai underwear anda sendiri – akan terkena wax sepanjang sesi rawatan.

  1. Buat pemeriksaan sanitasi

Jika anda membuat appointment di sesuatu spa, dan terapis tidak memakai gloves atau melihat dia double dipping menggunakan spatula (seperti batang aiskrim) ke dalam bekas wax, sila keluar dari tempat tersebut dengan segera. Anda berhak untuk menolak rawatan dan mengatakan yang anda menukar fikiran dan tidak mahu meneruskan rawatan. (Diingatkan, terdapat sesetengah spa yang mempraktikkan double dipping tapi dicelup di dalam bekas berasingan yang hanya diperuntukkan untuk setiap satu pelanggan.)

  1. Ketahui serba sedikit cara kurangkan sakit

Terapis yang mahir akan menegangkan kawasan yang hendak di wax terlebih dahulu dan akan menekapnya selepas wax dicabut. Dua kaedah ini akan kurangkan sakit semasa rawatan. Juga, kawalan pernafasan – seperti dipraktikkan semasa yoga, sangatlah membantu. Di samping itu anda boleh bercakap dengan terapis atau menggunakan telefon bimbit supaya anda dapat mengalih perhatian sepenuhnya.

  1. Praktikkan penjagaan selepas waxing

Sesetengah terapis mencadangkan penggunaan witch hazel atau penyegar atau exfoliating wipes untuk mencegah ingrown hair dan selebihnya untuk meredakan kemerahan. Juga, kulit yang baru di wax amatlah sensitive terhadap pancaran matahari. Jadi, jika anda ke pantai, utamakan penjagaan diri dengan memakai sunscreen.

  1. Ia akan bertambah baik

Semakin banyak anda melakukan waxing, semakin kurang rasa sakit. Kali pertama semestinya paling intense, selepas daripada itu, tiada lagi bulu kasar, tebal,dan ingrown, menjadikan proses waxing lebih mudah dan kurang sakit.

 

 

 

 

 

 

Dengan tips dan perkngsian kali ini, diharap anda semua sudah sedia maklum tentang perkara asas serta langkah yang sewajarnya sebelum dan selepas waxing. Wax sememangnya jauh lebih baik dari shave.

Waxing juga memenuhi syariat bagi seseorang Muslim kerana mencabut bulu adalah satu langkah self hygiene yang dituntut dalam Islam supaya dapat menjauhkan seseorang dari ‘benda kotor’ di samping dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.

Curio Spa Bangi ada menawarkan promosi khas waxing, Secret Charm (Brazilian & Underarm Wax). Bilik rawatan yang selesa, dengan kepakaran terapis mengendalikan alatan semasa rawatan serta kami hanya menggunakan wax jenama yang berkualiti tinggi, Triple X Wax.

Curio Spa Bangi,
0389125500

 

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.