Skip to main content
search
0

Etika di Spa Untuk Yang Pertama Kali

Ramai antara kita yang malu dan segan untuk datang ke spa disebabkan tidak tahu “etika” di Spa atau do’s and don’ts. Maklumlah kalau nampak kekok takut orang mengata korang ni tak moden, kampong dan sebagainya. Jangan risau, semua spa amat mengalu-alukan kedatangan korang dan kami sangat gembira untuk berkhidmat dengan memberikan servis yang terbaik. Ubah persepsi dan jom kita belajar apa lagi etika yang perlu diikuti.

Datang awal

Etika di spa yang perlu uolls tahu bagi yang pertama kali ke spa, mesti datang awal sekurang-kurangnya 15-20min awal untuk elakkan appointment korang digantikan dengan customer lain. Kebanyakan spa mempunyai etika tersendiri dan jika korang tak boleh datang sebelum appointment time, serta-merta korang tidak akan dilayan atau masa servis akan dipotong mengikut jumlah minit kelewatan. Kebiasaannya, sebelum memulakan servis, setiap spa akan memerlukan korang untuk isi form dan memberikan panduan tentang segala servis yang ditawarkan. Pengalaman spa korang mestilah satu pengalaman yang relax dan buat korang rasa selesa. Oleh itu, amatlah penting untuk you all betul-betul ikut etika di spa untuk mengelakkan kekecewaan.

Tanya jika tak pasti

Tanya jika tidak pasti antara salah satu etika di spa dan jika, ada antara korang ada perasaan gusar dan tak pasti akan sesuatu sebelum mula servis,maklumlah ada yang pertama kali ingin mencuba datang ke spa, korang boleh tanya terapis kerana mereka pasti akan membantu untuk menjawab segala kerisauan korang. Kalau nak datang spa mesti minda nak kosong dan rileks kan? So, jangan malu bertanya yer supaya korang boleh enjoy untuk lakukan treatment di spa.

Perlahankan suara

Kebiasaannya jika anda melawat spa di hotel atau pun mana-mana spa di dunia ini, tujuan utama untuk kita datang ke spa ialah untuk rehat dan tenangkan minda dan ini merupakan salah satu etika di spa yang perlu diikuti. Jika didapati korang bercakap dengan nada yang lantang atau berborak rancak di spa, semestinya akan dikecam oleh pengunjung yang lain. Take note, tak semua orang suka dengan sikap terlebih ramah manusia. Telefon bimbit juga dingatkan tidak digalakkan bawa bersama ketika ualls melakukan servis. Apa salahnya kita rehatkan minda tanpa telefon pintar dan enjoy the moment.

Pastikan perut tidak kosong

Apabila datang ke spa, pastikan perut korang berisi dan makan sebelum hadirkan diri korang di spa kerana servis spa mengambil masa 30 minit ke sejam. Minda yang tenang dan relaks diperlukan untuk korang enjoy sendiri dan merasai pengalaman yang menenangkan di spa. Sememangya ini merupakan etika di spa yang paling mudah untuk diikuti.

Kawasan dilarang merokok

etika-di-spa7.pngEtika di spa yang seterusnya ialah kawasan spa merupakan kawasan bebas asap rokok dan pengunjung spa sememangnya tidak dibenarkan untuk merokok dalam premis spa.

Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak digalakkan bawa bersama.

etika-di-spa8Digalakkan untuk tidak membawa kanak-kanak bawah umur 12 tahun. Bagi memberikan korang maksimum relaxation dan minda yang tenang, memang Nini sarankan untuk korang tidak membawa kanak-kanak bawah 12 tahun. Perkara ini merupakan salah satu daripada etika di spa.

 

 

Jadi, begitulah gambarannya jika korang datang ke spa untuk yang pertama kali. Ubah sentimen takut dan perasaan malu korang untuk datang mendapatkan rawatan kecantikan di spa kerana diri korang lebih berharga daripada perasaan malu tu. Nini suggests, jika korang berminat untuk datang ke spa, datanglah ke Curio Spa. 

Curio Spa menwarkan pelbagai pakej kecantikan dan rawatan spa seperti rawatan kuku, tapak kaki, urutan dan rawatan badan dengan harga yang berbaloi! Sila klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Spa kami.

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.