Skip to main content
search
0

Punca & cara mengatasi masalah jerawat badan

Peluh boleh menjadi punca masalah jerawat badan. Hal ini boleh berlaku ketika anda dalam keadaan cuaca panas dan lembap ataupun anda baru sahaja melakukan senaman. Jerawat badan dikenali sebagai Pityrosporum Folliculitis. Kondisi ini seringkali terjadi, terutama sekali apabila seseorang melakukan aktiviti outdoor yang terdedah kepada cuaca panas.

Masalah jerawat badan juga cenderung kepada pelajar yang aktif dalam bidang sukan, melibatkan latihan berterusan sebelum pertandingan dalam perlbagai jenis sukan.

Sebab berlakunya masalah jerawat badan ini, apabila yeast pada tubuh badan yang dinamakan Malassezia mula tumbuh di dalam pori secara berlebihan. Sesetengah pori tidak mampu mengawal pertumbuhan yeast tersebut dan akhirnya timbul lah jerawat badan dengan bantuan haba dan peluh.

Ciri-ciri Pityrosporum Folliculitis

Jerawat jenis ini terjadi dalam keadaan gatal dan lembut, kemerahan dan ada titik benjolan berwarna putih.

  • Terjadi di sepanjang garis rambut dan rahang muka, juga sering berlaku di kawasan dahi;
  • Di sebelah sisi leher dan belakang tengkuk, serta;
  • Melibatkan bahagian atas dada dan belakang badan, kadangkala sehingga ke pinggul.

           

Adakah diet seimbang boleh membantu merawat masalah jerawat badan?

Mungkin boleh. Buat masa ini, belum ada bukti secara saintifik lagi. Tapi, menurut pemerhatian seorang pakar dermatology Dr. Cynthia Bailey, pesakit beliau yang makan secara sihat seperti buah-buahan dan sayuran, kurang mengambil makanan segera dan gula, kulit mereka terlihat lebih kurang mengalami masalah jerawat badan. Beliau juga memaklumkan yeast yang menjadi punca masalah jerawat badan ini amat suka gula dan lemak. Oleh itu, makanan yang mengandungi bahan tersebut akan merancakkan lagi pertumbuhan yeast dalam pori yang dipanggil jerawat badan.

Bali massage di Bangi4Cara mengatasi masalah jerawat badan

Curio Spa ada menyediakan rawatan khas untuk membantu masalah jerawat badan anda. Menggunakan produk premium Curio, Patina: Olea Acne Scrub pilihan popular dalam kalangan penggemar Curio Spa. Olea Acne Scrub kaya dengan mineral semula jadi dan elemen penggelupasan secara lembut membersihkan jerawat dan dapat memudarkan kesan parut pada badan. Ia juga dapat melancarkan peredaran darah dan menghaluskan kulit. Servis rawatan ini disertakan dengan foot ritual, scented eye pillow, mandian jakuzi serta minuman teh herba.

 

Rawatan jerawat badan di rumah?

Anda boleh dapatkan Olea Acne Scrub secara atas talian. Rutin skrub ini hanyalah 2 kali seminggu, tekstur berbuih dan bauan sensasi dan segar semestinya dapat membangkitkan kesegaran dan paling penting, tiada lagi sel kulit mati dan jerawat badan. Kulit anda juga akan terlihat lebih cerah dan mulus selepas penggunaan. Selamat mencuba!

 

 

 

 

Nak book slot?  Book sekarang

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi hotline kami 03-8922 9988 serta khidmat konsultasi dan tips penjagaan daripada pakar kami.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.