Skip to main content
search
0

5 Tips Gembirakan Hati Isteri

Dah klik blog ni mesti nak tips mudah untuk gembirakan isteri kan? Yes! Nini tahu bulan Februari selalu dikaitkan dengan celebration Hari Kekasih tu. Tapi, tunggu dulu Nini bukan nak cerita pasal Hari Kekasih tapi nak bagitau cara mudah nak happy kan hati isteri awak atau mak mertua, dan seangkatannya supaya hidup korang lebih aman dan tenteram. hehehe

Ini dia 5 tips gembirakan hati isteri dengan cara yang mudah:

  1. Tolong Isteri kemas rumah

Nini tahu ramai suami mithali di luar sana tapi, apa salahnya tugas mudah ini shuben pulak yang uruskan. Ambil peluang ketika hujung minggu di rumah. Mungkin boleh buat kejutan untuk isteri seperti buatkan sarapan, basuhkan baju, lipatkan kain baju atau kemas rumah. Sweet kan?

  1. Bawa Isteri keluar makan

Nampak simple tapi sangat cukup untuk happykan isteri. Perempuan ni tak perlu bagi hadiah yang mahal-mahal pun. Cukuplah sekadar tahu yang suami hargai isterinya dan bawa dia ke tempat-tempat favourite nya. Mudah kan?

  1. Bawa isteri balik kampung

Kadang-kadang korang tak tau mood isteri ni selalu jer dipengaruhi dengan emosi. Kalau nampak isteri mood macam swing, apa kata korang bawa isteri pergi balik kampong halaman. Ambil je lah cuti sehari dua hari kan. Mood isteri elok je memanjang maklumlah dapat ubat rindu dengan orang yang tersayang. Plus, korang mesti akan dapat title THE BEST HUSBAND OF THE YEAR!

4. Manjakan isteri

Come on brother, jangan sentiasa ego untuk luahkan perasaan. Isteri anda ialah tanggungjawab anda. Sama juga dengan perasaan atau emosi si isteri. Sentiasalah belai dan pupuk rasa kasih sayang tu dengan meluahkan perasaan cinta korang pada isteri. Komunikasi itu penting dan gunalah charm korang sebagai seorang suami untuk pikat dan manjakan isteri dengan ayat-ayat tangkap leleh korang. Good Luck!

 

  1. Beri hadiah pada isteri

Sis Nini tau mesti ada yang tak setuju tips ni sebab fikir korang akan keluar duit. Haip, jangan nak merungut dulu. Nini ada cara yang korang tak perlu berbelanja besar pun. Curio Spa ada Online Promotions untuk bulan February ni. Isteri mana yang tak suka pergi spa kan? Promosi serendah RM59 dah boleh buat isteri happy! Bukan tu je, bertambah cantik and yakin lagi lepas tu. Promosi Manicure, pedicure atau massage semuanya ada ! Klik sini untuk maklumat lanjut.

Boleh juga follow Curio di laman sosial Instagram untuk update promosi terkini :

FOLLOW @curiospa

 

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.