Masalah sakit belakang mengganggu aktiviti harian anda?
Masalah sakit belakang merujuk kepada kesakitan yang dialami bermula dari pinggul hinggalah ke tengkuk. Kesakitan yang berpusat di kawasan rusuk ke pinggul dikenali sebagai sakit belakang bahagian bawah. Masalah sakit belakang sering kali berlaku selepas seseorang individu mengalami jangkitan seperti demam dan selesema.
Simptom masalah sakit belakang
- Sakit di tengah-tengah belakang badan
- Sakit di kawasan pinggang dan pinggul
- Lenguh belakang beserta lengan dan kaki
- Susah kencing dan pergerakan usus
- Pergerakan yang terbatas – perlu berehat di katil
- Leher dan kaki berasa kebas
Kebiasaannya masalah sakit belakang boleh pulih selepas beberapa hari. Namun, jika sakit ini berlanjutan dan tidak menunjukkan tanda-tanda pulih, anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan khusus.
Manakala, jika anda mengalami simptom seperti berikut, segeralah berjumpa doktor
- Sakit belakang disertai demam panas
- Usus dan pundi kencing tidak terkawal
- Pening dan muntah serta kaki kebas
- Sakit belakang disebabkan kecederaan semasa kemalangan
- Pergerakan terbatas
- Kaki menjadi lemah
- Sakit makin bertambah bila berurut – kemerahan belakang badan
- Penurunan berat badan
- Berusia 50 tahun ke atas atau bawah 20 tahun
- Ada sejarah perubatan berkait dengan tumor
Punca masalah sakit belakang
- Kecederaan atau trauma berpunca dari terjatuh, pergerakan mengejut atau mengangkat objek berat
- Tekanan berterusan disebabkan postur badan tidak betul dan tabiat seperti pemakaian kasut tumit tinggi atau duduk di meja sepanjang hari
- Sakit kronik yang perlukan rehat yang cukup
- Kehamilan yang menyebabkan tekanan berlebihan pada tulang belakang dan otot belakang badan
- Keletihan dan kelesuan
- Obesiti mengakibatkan tekanan terhadap tulang belakang, otot dan sendi
- Masalah mental seperti kemurungan dan tekanan
- Kurang bersenam yang melemahkan tulang belakang dan tidak fleksibel
- Kondisi seperti gout dan sembelit boleh sebabkan sakit belakang
Rawatan sekiranya anda mengalami masalah sakit belakang
- Betulkan postur badan ketika duduk. Duduk secara menegak; belakang dan bahu tegak, kempiskan perut beberapa ketika untuk kesan terbaik
- Tuam atau bertungku pada kawasan sakit. Gunakan beg tuam diisi dengan air panas, atau pad haba untuk kurangkan kesakitan dan rasa tidak selesa. Sesetengah orang lebih suka tuam air sejuk terutama sekali bagi kecederaan otot dan terseliuh.
- Pengambilan ubat tahan sakit. Langkah ini boleh kurangkan sakit dan bengkak jika berlaku kecederaan atau ketegangan, tapi anda tidak boleh bergantung sepenuhnya pada ubat ini kerana mungkin sahaja simptom ini membawa kecederaan yang lebih serius
- Bersenam mengikut langkah yang betul dan berhemah. Sakit belakang kronik boleh dikurangkan dengan amalan yoga.
- Tidur pada permukaan rata dengan bantal yang betul. Tilam yang empuk dan gebu bukanlah alas yang sesuai untuk merawat sakit belakang.
Diet sesuai elak masalah sakit belakang
Kekurangan sumber nutrisi boleh mengakibatkan tulang dan tisu yang sihat menjadi lemah dan keradangan, seterusnya menyebabkan masalah sendi dan sakit belakang. Individu yang mengalami sakit belakang dinasihatkan makan secara sihat yang mengandungi buah-buahan dan sayuran segar. Salad, sayuran stim, jus segar, dan susu dapat meningkatkan tahap kesihatan menyeluruh. Elakkan makanan berlemak, pedas, makanan terlebih proses; dan pengambilan the, kopi, alkohol dan tembakau berlebihan. Perubahan diet ini juga harus disertakan dengan rutin senaman yang berkala.
Cadangan untuk atasi masalah sakit belakang
- Angkat barang secara berhati-hati dengan membengkokkan lutut bukannya pinggang, untuk mengurangkan tekanan pada belakang dan mencegah kecederaan
- Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama. Berehat seketika untuk membuat pergerakan dan regangan ringkas
- Pastikan kerusi tempat anda bekerja direka khas untuk menyokong struktur tulang belakang dan tengkuk
- Kasut juga memainkan peranan penting, kurangkan pemakaian kasut tumit tinggi sebaliknya pakai kasut selesa yang memberi sokongan kepada tulang belakang anda
- Luangkan masa untuk senaman kecergasan yang ringan seperti yoga dan aerobik dapat membantu menguatkan tulang belakang dan kekal fleksibel
Dapatkan urutan badan bagi melegakan kelesuan badan dan ketegangan otot setelah penat seharian bekerja di Curio Spa! Kami menawarkan Full Body Balinese & Lomi Lomi Massage selama 60 minit. Anda juga boleh pilih massage oil yang mengikut kesukaan. Bukan itu saja, complimentary seperti foot ritual, scented eye pillow, heated back pillow dan teh herba juga disediakan. Semestinya pengalaman yang melegakan dan yang paling penting, masalah sakit pinggang pun hilang! Book sekarang