Skip to main content
search
0

Tips Penjagaan Kaki Musim Hujan

Musim hujan adalah waktu yang paling cenderung untuk mendapat masalah kaki. Kaki cagu, busuk dan bernanah situasi yang begitu sinonim semasa monsun.  Ini kerana kotoran dan lumpur hujan menjadi punca mudah untuk kaki mendapat jangkitan kuman serta masalah kulit. Ikuti tips berikut bagi mencegah jangkitan kuman musim hujan.

Tips penjagaan kaki musim hujan
  1. Pastikan kaki sentiasa kering

Gantikan sandal dengan kasut sewaktu keluar rumah. Kasut dapat memberi perlindungan penuh berbanding sandal. Jangkitan fungus dan bakteria akan mudah merebak pada kaki yang basah atau lembap.

2. Jangan rendam kaki di dalam air hujan

Elakkan berendam di dalam air hujan. Apabila kaki basah akibat hujan, bilas kaki anda menggunakan air bersih di rumah. Tambahkan juga antiseptic di dalam air tersebut.

 

 

 

  1. Skrub kaki

Rendam kaki anda selama 10 minit semasa mandi. Tambahkan sabun dalam rendaman tersebut. Kemudian skrub kaki dan mandi seperti biasa. Skrub akan bertambah mudah jika kaki dalam keadaan lembap.

  1. Lembapkan kaki dengan losyen

Setelah selesai skrub kaki, sapu losyen pada kaki. Gunakan losyen yang mengandungi AHA & BHA yang bertujuan untuk merawat sel kulit mati dan mengekalkan kelmbapan kulit. Ini dapat membantu pembentukan sel kulit baruselepas skrub.

  1. Dilarang keluar jika anda luka atau cedera

Lebih baik tinggal di rumah jika kaki anda cedera atau luka yang berkaitan dengan masalah kaki. Sila dapatkan nasihat dan tips penjagaan kaki daripada doktor yang merawat anda. Luka semasa monsun memberi kesan lebih buruk berbanding musim panas. Sapu antiseptic pada kaki, sebaiknya waktu malam

Masalah kuku rapuh, dan berkulat serta kulit kaki kering      6. Gunakan produk penjagaan kaki

Beli produk kaki yang terbaik di pasaran untuk mencantikkan balik kaki anda. Gunakan produk yang berjenama dan diiktiraf serta semak kandungan produk tersebut. Produk kaki yang disarankan hendaklah mengandungi AHA & BHA, tea tree oil dan salicylic acid

Bahaya ketika musim hujan

Masalah kaki yang paling utama ketika monsun ialah jangkitan fungi pada jari kaki. Jangkitan fungi pada kaki berpunca daripada kasut yang basah terkena hujan. Masalah lain ketika musim ini ialah athlete foot. Keadaan ini amat serius dan memerlukan perhatian khusus, terjadi apabila kaki tidak dibersihkan selepas terdedah kepada air lumpur yang kotor. Kulit kaki akan menjadi pucat dan berbau dan lebih teruk lagi, bengkak dan bernanah.

Sentiasa berikan perhatian kepada kaki anda, kerana ia mampu membawa anda ke mana saja. Adalah penting untuk sentiasa pastikan kaki anda sentiasa bersih dan bebas bakteria semasa musim monsun ini. Kotoran, bakteria, dan fungus daripada luar yang terkumpul boleh menyebabkan jangkitan. Dapatkan produk Curio Anti Callus Set, langkah bijak merawat kaki ketika monsun.

Untuk khidmat konsultasi secara percuma, sila hubungi kami:

Ampang Point – 03 42576500

Wangsa Walk – 03 41430500

Bangi Paragon Point – 03 89125500

 

 

 

 

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.