Atasi Masalah Bau Badan
Adakah bau badan itu normal?
Bromhidrosis adalah nama lain bagi masalah bau badan. Simptom ini kebanyakannya berlaku ketika individu meningkat dewasa disebabkan oleh peningkatan hormone yang dipanggil androgens. Hormon ini akan menjadi aktif hanya apabila indvidu tersebut menjadi dewasa. Sebab itulah bau badan tidak berlaku pada peringkat kanak-kanak. Ketahui tips dan cara atasi masalah bau badan dan bebas bau di sini.
Peluh lazimnya tidak berbau, tapi peluh boleh membantu pertumbuhan bakteria dengan pantas. Bau badan terhasil daripada apabila huraian keratin protein pada permukaan kulit oleh bakteria. Proses huraian ini menghasilkan bau; dikenali sebagai bau badan.
Kenapa kaki saya berbau? Oh My God!!
Sementara bau badan berkait rapat dengan ketiak, bakteria juga boleh menghasilkan bau di pangkal paha, kawasan anus, dan juga kaki berbanding anggota badan yang lain. Bersihkan badan anda dengan sebaiknya dengan menggunakan sabun dan tuala lembap – terutama kepada individu kuat berpeluh kerana hal ini dapat atasi masalah bau badan.
Atasi masalah bau badan
- Pakai produk yang mengandungi antiperspirant (pencegah peluh) sebelum tidur. Ingat, deodorant tidak mampu mencegah peluh. Fungsi utamanya adalah untuk menutup bau peluh pada kulit. Banyak produk antiperspirant berbentuk deodorant, yag boleh atasi masalah bau badan.
- Jika peluh akibat bersenam punca utama masalah anda, basuh baju senam anda dengan kerap. Pakaian senam yang berpeluh potensi untk bakteria membiak.
- Pastikan ketiak sentiasa kering. Pembiakan bakteria akan terbantut jika anggota badan anda sentiasa dalam keadaan kering.
- Hydrogen peroxide. Masukkan 1 sudu teh hydrogen peroxide bersama dengan secawan air. Lap kawasan yang bermasalah (ketiak, pangkal paha, kaki) menggunakan tuala. Ini mampu membunuh bakteria penyebab bau.
- Tukar diet pemakanan. Kadangkala, makanan berlemak, berminyak, atau mempunyai bau yang tersendiri seperti bawang putih, kari, bawang merah, boleh meresap ke dalam pori dan penyebab bau badan
- Jika anda seorang yang kuat berpeluh (hyperhidrosis), sila berjumpa doktor. Ada beberapa kaedah rawatan yang disarankan untuk individu kuat berpeluh bagi atasi masalah bau badan.
- Mencabut bulu ketiak dengan kerap juga membantu mencegah pertumbuhan bakteria dan mengurangkan peluh dan bau badan
Justeru, sentiasa amalkan kebersihan diri dan peka terhadap situasi yang boleh menyumbang kepada masalah bau badan. Curio Spa Bangi ada menawarkan Underarm Waxing, solusi kepada permasalahan anda.
Jika ada sebarang pertanyaan dan khidmat konsultasi, sila hubungi kami :
Hotline
Curio HQ : 03-89229988 (Miss Nini)