Skip to main content
search
0

Kenalpasti punca masalah kuku kaki hitam serta kaedah penyelesaian menurut pakar

Kuku kaki yang sihat berwarna putih. Namun warna tersebut akan berubah kesan daripada pewarna kuku, kurang nutrisi atau trauma. Masalah kuku kaki hitam berpunca daripada pelbagai faktor, namun ada yang mampu pulih dengan sendirinya. Anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar sekiranya kuku tersebut semakin teruk.

Apakah punca kuku kaki hitam?

  1. Masalah kesihatan. Ini termasuklah anemia, diabetes, penyakit hati atau masalah buah pinggang. 
  2. Jangkitan fungal. Kuku kaki yang putih akan bertukar warna disebabkan oleh jangkitan fungal. Kuku kaki mudah dijangkiti fungal kerana kuku kaki mudah terdedah kepada keadaan panas dan lembap yang mana ia membantu pertumbuhan fungal tersebut.
  3. Melanoma. Ianya penyakit kanser yang serius iaitu kanser kulit. Lebih membimbangkan, kulit merupakan organ dominan dalam tubuh badan manusia. Kanser tersebut dikenal pasti dengan kesan titik yang berwarna coklat gelap pada bawah kuku.
  4. Trauma. Kebiasaannya, trauma berpunca daripada kecederaan, hingga boleh menyebabkan saluran darah bawah kuku terhenti. Lama kelamaan darah tersebut bertukar menjadi hitam di bawah kuku.

 

Akibat kuku kaki hitam

Fungus yang membiak pada kuku kaki boleh merebak ke seluruh kaki dan anggota badan yang lain. Ia juga boleh menjadi kerosakan kekal pada kuku kaki.

Akibat kuku kaki hitam juga boleh berlaku sekiranya  melanoma dalam kuku kaki yang pada mulanya disangka kesan trauma. Permasalahan ini wajar dirujuk kepada pakar jika anda dapati kesan titik hitam yang mungkin merebak ke seluruh kuku kaki.

 

Penyelesaian bagi masalah kuku kaki hitam

  • Jangkitan fungal pada kaki oleh dirawat pada peringkat awal. Ubatan, krim, dan penggilap kuku biasanya dapat membantu. Bagi sesetengah kes, rawatan antifungal diperlukan untuk merawat kuku kaki hitam
  • Pedicure adalah langkah bijak untuk merawat masalah ini. Tempah slot anda di Curio sekarang untuk kuku kembali pulih seperti biasa.
  • Gunakan produk yang mengandungi citrus yang boleh exfoliate, mencerah dan menyahbau pada kaki. Praktikkan penggunaan losyen kaki untuk kesan maksima. Gunakan Curio Product , premium quality untuk pelbagai jenis masalah kaki termasuk kuku kaki hitam.
  • Jika kuku kaki hitam disebabkan kecederaan, kesan darah beku sehingga menyebabkan kuku kaki hitam boleh hilang selepas kuku kaki tumbuh.
  • Kuku kaki hitam berpunca daripada trauma selepas kecederaan pula boleh pulih dengan sendirinya. Namun begitu, jika kuku kaki tumbuh dan berwarna hitam, maka simptom ini mungkin disebabkan masalah lain.
  • Rawatan kuku kaki hitam bagi penghidap penyakit diabetes dan masalah kesihatan yang lain memerlukan rawatan yang khusus dan nasihat pakar.

curiospa-kuku-kaki-cengkamKunjungi Curiospa hari ini dan dapatkan pakej menarik pada harga mampu milik. Hubungi:

03 8912 5500 – Curio Spa Bangi
03 4143 0500 – Curio Wangsa Walk
03 4257 6500 – Curio Ampang Point
03 2602 2777 – Curio SOGO KL

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.