Anda stress kaki berpeluh dan berbau?
Kaki berbau atau nama saintifiknya bromodosis boleh berlaku kepada semua golongan. Ia membuatkan seseorang individu berasa malu dan tidak selesa ketika berada di khalayak ramai. Punca utama berlakunya kaki berbau adalah disebabkan oleh kaki berpeluh. Terdapat beberapa cara yang boleh diambil bagi mengelakkan kaki berpeluh dan berbau.
Apakah punca kaki berpeluh dan berbau?
Fungsi kelenjar peluh ialah untuk memastikan kulit sentiasa lembap serta mengawal suhu badan semasa suhu panas atau ketika anda bersenam. Kelenjar peluh banyak terdapat pada kaki daripada anggota badan yang lain. Namun begitu, berbeza dengan kelenjar peluh pada anggota badan yang lain, kelenjar peluh pada kaki kerap dirembeskan bukan hanya bertindakbalas terhadap haba ataupun senaman.
“ Saya mengalami masalah kaki berpeluh dan berbau. Ia hanya berlaku disebabkan kasut flat murah yang saya selalu pakai. Saya cuba pakai bedak talkum tetapi bau itu hilang buat seketika sahaja.” -Marina
“Saya suka pakai kasut bertutup. Bagi saya ia lebih selesa. Tapi stress bila buka kasut, rasa segan malu sebab bau kaki tetiba semerbak di bilik office. ”- Zaima
Punca utama kaki berpeluh dan berbau adalah:
- Pemakaian kasut yang sama sepanjang hari.
- Masalah kebersihan seseorang individu
- Perubahan hormon boleh menyebabkan kaki kuat berpeluh, lazimnya kepada golongan remaja dan ibu mengandung
- Tekanan atau stress
- Keadaan yang digelar hyperhidrosis yang mengakibatkan individu berpeluh lebih daripada kebiasaanya
- Memakai stoking yang lembab dan pakai berhari-hari
- Jenis material stoking yang tidak menyerap peluh seperti polyester & nylon
Cara mencegah kaki berpeluh dan berbau
Cara terbaik untuk mencegah kaki berpeluh dan berbau ialah dengan menjaga kebersihan diri dan tidak memakai kasut yang sama, 2 hari berturut-turut
Rendam kaki dengan air sejuk dengan ditambah garam bukit (healing salt). Ia bukan sahaja melegakan malah kaki mengurangkan kaki berbau
Cari skrub yang mengandungi unsur Lime Citrus, Aloevera, AHA & BHA. Ia dapat menghilangkan bau kaki. Kaki berpeluh dapat dirawat dengan scrub kaki anti-bakteria, tetapi elakkan penggunaan skrub yang kasar jika anda mengalami kulit sensitif atau ekzema.
Sapu losyen kaki setiap sebelum tidur. Cari Losyen yang ada AHA & BHA.
Gunakan stoking yang jenis kapas 100% supaya dapat mematikan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kaki berpeluh dan berbau
Sekurang kurangnya ada dua pasang kasut untuk aktiviti harian supaya kasut tak lembab
Boleh cuba tips selain diatas untuk elakkan kaki berpeluh dan berbau:
- Gunakan deodoran ataupun antiperspirant pada kaki anda. Produk ini sesuai digunakan pada ketiak dan juga berkesan pada kaki.
- Jika anda mengeringkan kaki menggunakan tuala selepas mandi, lap juga pada bahagian celah-celah jari kaki dengan putik kapas dan tuala kecil.
- Letakkan pelapik kasut yang boleh dibasuh
- Pakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau jenis canvas. Untuk cuaca panas, anda dinasihatkan memakai sandal
Langkah-langkah ini dapat membantu anda daripada mengalami masalah kaki berpeluh dan berbau. Jika ianya tidak berjaya atau merunsingkan anda, meminta nasihat daripada doktor pakar adalah digalakkan.