Skip to main content
search
0

Hilangkan selulit cara mudah

Wanita sering mengalami masalah selulit yang mungkin membuatkan seseorang itu jatuh keyakinan diri. Tidak kira apa saiz badan seseorang, selulit tetap akan muncul tanpa diundang dan menjadi peneman setia sepanjang zaman. Bak kata omputih, “Toxic relationship”. Adakah uolls juga tergolong dalam wanita yang mempunyai masalah ini? Ya, Nini faham perasaan uolls but wait! Jangan cepat give up! Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Jadi, apakah cara untuk hilangkan selulit cara mudah dan cepat?Sebelum Nini share lebih details, jom kita ketahui dulu apa itu selulit.

Apakah Selulit?

hilangkan selulit cara mudah1

 

Pertama sekali, selulit BUKAN SEJENIS PENYAKIT. Ia hanyalah terma yang diguna pakai bagi menggambarkan tisu lemak di bawah kulit yang kebiasaannya kelihatan pada peha kaki atau punggung. Wanita adalah golongan utama yang mengalami masalah selulit ini. Tapi mengapa wanita sering mengalami masalah selulit atau nama panggilan lain kulit keju? Ini disebabkan wanita mempunyai kulit yang lebih nipis berbanding lelaki. Okay! Dah tau apa itu selulit? Jom ketahui punca-punca bagi masalah ini.

Punca-punca selulit

Selulit bukan terjadi disebabkan toksin tetapi ia disebabkan oleh cara pemakanan dan gaya hidup yang mungkin mampu menjadikan kesan selulit itu kelihatan.

  • Umur
  • Estrogen
  • Sejarah keluarga (Keturunan)
  • Kekurangan kolagen
  • Peningkatan tisu lemak akibat penambahan berat badan
  • Edaran yang lemah (poor circulation) kebiasaan masalah pada kaki
  • Saliran limfa yang lemah
  • Penipisan epidermis (lapisan luar kulit)

Perlu Nini ingatkan sekali lagi, selulit bukanlah satu penyakit. Tiada masalah dari segi kesihatan jika uolls ada selulit dibahagian-bahagian tertentu. Tapi, biasalah, wanita memang ‘pantang’ nampak! Kadang-kadang ada yang naik rimas dengan lemak-lemak persis keju yang kelihatan ini. So, tak salah juga Nini nak kongsi cara-cara untuk hilangkan selulit cara mudah.

Cara-cara hilangkan selulit cara mudah

Urutan di spa/ rumah hilangkan selulit cara mudah 2

Cara yang pertama, mengurut adalah salah satu cara antara yang tidak memudaratkan dan terbaik bagi mengurangkan masalah selulit. Minta bantuan daripada terapis urutan profesional di Curio Spa dan pilih urutan Lymphatic Drainage Massage. Selain itu, urutan juga mempunyai pelbagai faedah seperti dapat merehatkan minda disamping mengurangkan kesan selulit di bahagian peha khusunya. Urutan mampu mengurangkan selulit dengan meningkatkan saliran limfa. Ia juga membantu meregangkan tisu kulit uolls supaya tiada kenduran dibahagian peha. Cubalah sekarang, ia adalah salah satu cara hilangkan selulit cara mudah. Ingin cuba urutan hilangkan selulit di Curio? Klik di sini!

 

Minum banyak air kosonghilangkanselulitcaramudah3

Minum air adalah salah satu kaedah zero-costing untuk para penghidap masalah selulit. Air membantu menghilangkan toksin dalam badan. Toksin yang disimpan mampu terkumpul sehingga menjadi lemak tepu dalam badan. Eiii seram! Jadi, minumlah air dengan banyak seperti yang disarankan doktor iaitu 7 gelas sehari.Setiap masalah ada saja perlu minum air. Rasa cliché sangat bukan? Ya, tapi cuba uolls bayangkan dengan minum air yang secukupnya bukan sahaja dapat hilangkan selulit, tapi, masalah jerawat, berat badan dan segala jenis penyakit juga dapat diatasi. Yang penting uolls akan kekal hidrasi dan sihat. Jangan ingat benda yang cliché dan paling zero-costing ni uolls nak skip. NO! Perlu ikut okay.

 

 

Rajinkan bersenamhilangkanselulitcaramudah 4

Ketiga, sesetengah senaman kaki dan glute mampu mengetatkan kulit di sekitar kawasan paha. Sebaliknya, anda juga dapat melihat pengurangan selulit. Selain itu, senaman bukanlah cara yang membosankan untuk menghilangkan selulit di paha, tetapi dapat menghasilkan otot yang lebih kuat dan kulit yang lebih ketat. Hal ini secara tidak langsung, mampu memudarkan selulit yang kelihatan. Satu lagi tips, pelbagaikan senaman berasaskan kardio dan bina otot bagi meregangkan apa yang kendur di bahagian peha dan pinggul uolls tu. Uolls boleh buat senaman squat/berbasikal/berenang. Boleh ikut citarasa uolls asalkan berasaskan kardio dan senaman untuk pembentukan otot yer. Percayalah, jika uolls buat secara berterusan confirm boleh hilangkan selulit.

 

Penggunaan Kopi Skrub hilangkan selulit cara mudah 5

Cara seterusnya, kopi baik untuk kulit kerana kopi mempunyai property yang mampu mencerahkan dan memberi ketegangan pada kulit. Disebabkan itu coffee scrub dapat mengurangkan kesan selulit pada bahagian-bahagian tertentu. Selain itu, coffee scrub juga boleh bertindak untuk stimulasikan kulit kea rah yang lebih sihat. Penggunaan secara berterusan ditambah pula dengan urutan bahagaian tempat yang ada selulit mampu hilangkan selulit cara mudah dan berkesan.

 

 

 

 

Kesimpulannya, tidak perlu risau jika uolls ada masalah selulit kerana ia bukanlah dikategorikan sebagai satu penyakit dan menjejaskan kesihatan. Pelbagai cara untuk hilangkan selulit juga Nini telah kongsikan dan harapnya ia memberi manfaat kepada semua pembaca dan peminat Nini. Eh, #TIBERRRR! Ohhh jangan lupa follow Nini, eh silap, follow Curio Instagram, Facebook dan visit juga website kami untuk lihat promosi kaw-kaw murah bulan ini okayy!!

Instagram: @curiospa

Facebook: curiospa

Website: Curiospa

FOLLOW RAPAT CURIO JANGAN TAK FOLLOW! dan nantikan posting blog kami yang terbaru.

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.