Skip to main content
search
0

Hilangkan Tabiat Gigit Kuku

 

Sesuatu tabiat sememangnya sukar untuk terus hilang. Anda mungkin saja gigit kuku apabila nervous, dan mungkin juga ketika bosan. Ataupun, mungkin anda tidak perasan tabiat tidak sihat ini sehinggalah anda menerima rawatan manicure atau kuku anda menjadi terlalu pendek untuk digigit.

Nama lain bagi tabiat gigit kuku ini dikenali sebagai onychophagia. Ini merupakan salah satu tabiat seseorang individu ketika stress. Tabiat yang berkaitan adalah:

  • Hisap ibu jari
  • Korek hidung
  • Pintal-pintal rambut

hilangkan tabiat gigit kukuKebanyakannya, tabiat gigit kuku ini bermula dalam lingkungan umur 4-6 tahun. Dan, lelaki lebih cenderung untuk menggigit kuku berbanding perempuan.

Risiko tabiat gigit kuku
  • Jangkitan pada kuku dan bengkak
  • Tisu yang membantu pertumbuhan kuku menjadi rosak
  • Perubahan bentuk kuku
  • Merosakkan struktur gigi akibat gigit kuku keras

 

7 Cara hilangkan tabiat gigit kuku
  1. Disiplin diri. Anda perlu jelas pada diri sendiri untuk hilangkan tabiat gigit kuku ini dan pastikan matlamat anda adalah demi kebaikan dan kesihatan sendiri.
  2. Ketahui punca sebenar tabiat gigit kuku secara individu. Jadi, anda dapat mengatasi tabiat ini jika anda tahu apa penyebab untuk anda bertindak demikian.
  3. Pastikan kuku sentiasa pendek. Bila kuku anda pendek, kecenderungan untuk gigit kuku makin berkurang. Tapi, anda harus memastikan rutin memotong kuku yang konsisten sebelum kuku menjadi panjang.
  4. Pakai nail polish berperisa. Terdapat nail polish khas berperisa pahit sesuai untuk sesiapa yang mempunyai tabiat gigit kuku. Rasa yang tidak sedap itu pastinya dapat membuatkan anda berhenti dari tabiat tidak sihat ini.hilangkan tabiat gigit kuku
  5. Dapatkan rawatan manicure. Mungkin ini jalan penyelesaiannya. Apabila anda membuat rawatan manicure, kuku anda akan menjadi cantik, bersinar, dan pinkish. Bukan itu saja, kuku yang kusam akan menjadi sihat selepas manicure. Dan sudah tentu anda akan menjaga kuku sebaiknya supaya sentiasa kelihatan cantik dan tidak mungkin akan menggigitnya bukan?
  6. Beri perhatian khusus pada setiap jari. Langkah ini amat disarankan oleh American Academy of Dermatology untuk hilangkan tabiat gigit kuku. Anda boleh bermula dari ibu jari. Selepas anda berjaya untuk tidak menggigit ibu jari selama seminggu, fokus anda boleh beralih ke jari yang seterusnya.
  7. Sabar dan konsisten. Kuku anda akan mengambil masa untuk kembali sihat. Tabiat gigit kuku boleh merosakkan nail bed, jadi, ia perlukan masa untuk membentuk tisu baru. Ini adalah permulaan baru untuk anda ke arah kuku yang sihat dan terus menjaga kuku dengan sebaiknya.
hilangkan tabiat gigit kuku
Kesan jangka Panjang

Berita baik, tabiat gigit kuku selalunya tidak memberi kesan jangka panjang, tetapi, tabiat ini boleh membawa kepada keradangan dan sakit pada kuku secara berlarutan. Malah yang lebih membimbangkan, anda mungkin akan mendapat jangkitan kuman pada kulit sehingga kuku dan kulit menjadi bernanah dan bengkak.

hilangkan tabiat gigit kukuJadi, sungguhpun masalah ini tidak membawa kepada perkara yang lebih serius, ia melibatkan personaliti dan penampilan individu seharian. Sudah tentu, kita akan bertambah yakin dengan memiliki kuku yang cantik dan bersinar. Tabiat gigit kuku haruslah dibuang supaya kuku anda dapat tumbuh dengan sihat.

Di Curio, kami mengesyorkan pelanggan menggunakan Kutika Vitamin Kuku untuk memulihkan kembali struktur kuku yang bermasalah di samping melindungi kuku daripada calar dan jangkitan kuman. Mengandungi bahan-bahan tinggi Vitamin E seperti virgin cooconut oil, olive oil dan almond oil, sudah pasti dapat menguatkan keratin kuku anda dan kembali normal.

 

Jika ada sebarang pertanyaan dan khidmat konsultasi, sila hubungi kami :

Hotline

Curio HQ :  03-89229988 (Miss Nini)

Curio Spa

Leave a Reply