6 Kebaikan Terapi Air Sejuk

 

Terapi air sejuk merangkumi semua cara termasuklah berendam di dalam air tasik atau sungai yang dingin, mandi air sejuk, dan sebagainya. Jika anda berada dalam cuaca sejuk, anda mungkin akan terfikir “Kenapa saya perlu menyeksa diri dengan mandi air sejuk?” Tapi, jika anda berada dalam cuaca yang panas, sudah tentu dapat berendam di dalam air sejuk merupakan nikmat dunia! Di sini, Nini akan kongsikan kebaikan terapi air sejuk kepada tubuh badan kita.

  1. Membaikpulih kulit, awet muda    

Yes, betul tu. Dengar baik-baik ya. Air sejuk sebenarnya dapat mengecutkan salur darah sehingga menampakkan liang pori makin mengecil. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan lembut, segar dana wet muda. Apabila liang pori mengecil, maka kotoran dan habuk susah untuk meresap ke dalam kulit. Tambahan pula, kajian mendapati mandi air panas atau suam dapat meningkatkan kedutan pada kulit.

  1. Baik untuk tekanan darah

Autonomic nervous system (sistem saraf) berkait rapat dengan tekanan darah. Ia dapat memberi kesan terhadap kadar degupan jantung dan saiz pembuluh darah. Air sejuk dapat mengecutkan pembuluh darah seterusnya darah akan cepat mengalir kepada organ-organ di dalam badan, dan pada masa yang sama dapat menyingkirkan toksin dan menyebarkan nutrien dengan lebih efektif. 

  1. Merawat keradangan dan sakit

Terapi air sejuk bagus untuk bengkak atau kulit/ badan yang cedera kerana dapat memberi kesan stimulasi terhadap rembesan endorphin yang dapat melawan kesakitan akibat keradangan. Ia seperti mengebaskan Kawasan tersebut dan merawat dalam masa yang sama. Hydroterapi amat terkenal dalam dunia perubatan, dan individu yang mengalami lemah badan dinasihatkan untuk melakukan aktiviti senaman seperti berenang.

  1. Metabolisma

Terapi air sejuk dapat meningkatkan kadar metabolisma dalam badan. Dr Gary M. Levin menyatakan bahawa terapi air sejuk bukan saja dapat membakar lemak, malah dapat menghapuskan bahan kimia dalam badan.

  1. Kesuburan

Kesuburan kaum hawa boleh ditingkatkan melalui terapi air sejuk, yang lebih bermanfaat daripada air panas atau suam; lama kelamaan akan merosakkan sperma.

  1. Wake-up call

Jika anda sering berasa mengantuk di pagi hari, terapi air sejuk adalah jalan penyelesaiannya. Kesan daripada terapi air sejuk dapat membuatkan anda berasa segar sepanjang hari. Ini dapat menaikkan mood anda untuk terus bersemangat dan ceria!

Jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan, sila hubungi kami :

Hotline

Curio HQ :  03-89229988 (Miss Nini)

Curio Spa 

Outlets

 

 

 

 

 

Leave a Reply