Skip to main content
search
0

Kuku Cengkam Sakit Mencucuk: Potong Atau Cabut?

kuku cengkam sakit1

Kuku cengkam atau onychocryptosis / unguis incarnatus adalah permasalahan umum, terjadi kepada hampir setiap individu terutama sekali golongan remaja dan dewasa, lingkungan umur 20 – 40 tahun. Kebiasaanya kuku cengkam sakit mencucuk terbentuk pada ibu jari kaki.

Punca sebenar kuku cengkam sakit mencucuk
kuku cengkam sakit2

Mula-mula sekali, kuku cengkam ialah kondisi kuku apabila bahagian tepi kuku tumbuh secara tidak normal sehingga mencucuk ke dalam kulit kuku.Permasalahan ini terjadi apabila kuku rosak, bengkok, atau tekanan luar.

Contohnya, jika anda memakai kasut yang sama setiap hari, kasut tersebut akan memberi tekanan pada kedua-dua belah jari kaki. Daripada kuku tumbuh menegak, sebaliknya ia tumbuh melengkung hingga mendatangkan sakit mencucuk.

Malah, kuku cengkam sakit mencucuk akan terdedah kepada risiko kuku rosak, termasuklah:

  • Jangkitan fungal atau bakteria
  • Kaki berpeluh atau lembap
  • Kuku pecah
  • Kuku kering, rapuh dan retak
  • Pertumbuhan kuku terbantut
Potong kuku cengkam sakit mencucuk
kuku cengkam sakit3

Pertama sekali, periksa kaki dan nilai sama ada kondisi kaki anda. Anda boleh tentukan kondisi kuku cengkam tersebut berada di tahap yang mana.

Berikut adalah langkah merawat kuku cengkam tahap sederhana:

  1. Sterilize semua alatan seperti ketip kuku, tweezers, cuticle stick, dan alatan lain dengan alkohol atau hydrogen peroxide dan biar kering
  2. Rendam kaki dalam air suam 10 – 30 minit untuk lembutkan kulit. Anda boleh tambah Epsom salt, tea tree oil, atau essential oil yang sesuai
  3. Keringkan kaki dengan tuala lembut
  4. Lakukan urutan lembut di kawasan kuku cengkam sakit mencucuk. Langkah ini akan buatkan anda kurang selesa
  5. Buang sel kulit mati di bahagian tepi kuku dengan berhati-hati menggunakan cuticle stick atau nail file
kuku cengkam sakit4
cuticle stick

Tapi, jika kuku cengkam tersebut sudah pun berbentuk melengkung, sehingga mencucuk ke dalam kulit, anda boleh cuba membentuknya semula menggunakan cuticle stick ataupun dengan jari tangan.

  1. Basuh tangan dan bersihkan celah-celah kuku sebelum dan selepas anda menyentuh  kaki
  2. Cungkil hujung kuku cengkam dan masukkan gumpalan kecil kapas di bawah kuku tersebut dengan berhati-hati. Langkah ini untuk menggalakkan pertumbuhan kuku kembali normal; bukannya mencucuk kulit atau nailbed.
  3. Pakai kasut open-toed
  4. Pantau pertumbuhan kuku dengan kerap dan ganti gumpalan kapas bila perlu

Berjumpa doktor dan Langkah yang diambil:

kuku cengkam sakit5

Ortopedik atau podiatrist boleh merawat kuku cengkam sakit mencucuk melalui minor procedure atau mungkin sekali melibatkan pembedahan.

Hal ini termasuklah mengebaskan jari kaki. Kulit di sekitar kuku cengkam akan dibuang menggunakan scalpel. Manakala, kuku cengkam tersebut akan dipotong sebahagian atau keseluruhan sekali. Rawatan ini tidaklah menyakitkan kerana anda akan dibius terlebih dahulu.

Rawatan Kuku Cengkam sakit mencucuk with Pedicure di Curio Spa

Di Curio Spa, kami mempunyai kepakaran lebih dari 15 tahun bagi merawat pelbagai jenis masalah kaki termasuklah kuku cengkam.  Tambahan pula, prosedur yang dijalankan dalam keadaan hygienic, dan penuh berhati-hati. Di sini, kami akan potong bahagian kuku yang cengkam sahaja tanpa perlu melibatkan bahagian kuku yang lain. Produk yang digunakan semuanya berkualiti tinggi, mengandungi bahan  penting untuk merawat kaki seperti tea tree, salicylic acid, AHA & BHA dan sebagainya.

Cara mencegah kuku cengkam

kuku cengkam sakit7

Potong kuku dengan betul boleh mencegah kuku cengkam sakit mencucuk. Berikut adalah tips yang boleh dipraktikkan:

  1. Elakkan tarik bahagian hujung kuku dengan tangan
  2. Potong kuku kaki straight
  3. Jangan potong kuku kaki terlalu pendek – bahagian putih hujung kuku mesti kelihatan
  4. Anda boleh filing sahaja kuku kaki untuk mengelakkan kuku terpotong pendek
  5. Pastikan bahagian hujung kuku straight
  6. Pastikan kebersihan alatan sebelum dan selepas guna
  7. Gunakan alatan yang betul; doktor nasihatkan untuk guna nail clipper yang besar untuk kuku kaki
  8. Elakkan pemakaian kasut yang beri banyak tekanan pada kaki

Outlet kami terletak di:

Curio Spa Bangi & Follow FACEBOOK

Curio Ampang Point & Follow FACEBOOK

Curio Wangsa Walk & Follow FACEBOOK

Klik SINI untuk dapatkan rawatan kami.

Klik SINI untuk dapatkan rawatan kami.

Klik SINI untuk dapatkan rawatan kami.

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.